Siri Monumen Bersejarah Negeri Kelantan – Jambatan Guillemard

Jambatan Guillemard merupakan sebuah jambatan keretapi yang mana kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah, Kelantan. Jambatan Guillemard mula dibina pada tahun 1920, dan pembinaan jambatan ini diselesaikan pada bulan Julai 1924. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia.
[sunting] Sejarah

Jambatan Guillemard atau juga dikenali dengan nama Jambatan Kursial telah dibina pada tahun 1920 oleh Metro Carriage Wagon & Finance Company Limited, Wednesbury Works England dan telah siap pada tahun 1924. Panjang jambatan ini adalah 609.6 meter. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama “Guillemard” diambil sempena nama Gabenor British pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard. Tujuan utama jambatan ini dibina adalah untuk menyediakan laluan bagi keretapi dan kenderaan-kenderaan lain.

Jambatan Guillemard

Walau bagaimanapun, pada 12 Disember 1941 jambatan keretapi “Guillemard” ini telah musnah setelah diletupkan oleh tentera British bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai. Selepas tamat Perang Dunia II, jambatan keretapi ini telah dibaik pulih dan dibuka semula kepada lalulintas pada 7 September 1948. Pembukaan semula jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 7 September 1948.

Pada 1 Februari 1988, setelah pembinaan jambatan baru siap dibina di kawasan berdekatan, Jambatan Guillemard tidak lagi digunakan untuk kenderaan bermotor dan kini ia hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu sahaja.

 

Sumber asal:

1. Laman fotopages Raykinzoku

2. Wikipedia Malaysia

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*