Air ZamZam Sebagai Penawar Penyakit Gout?

Kita kerap dengar tentang keajaiban Air ZamZam dalam menyembuhi pelbagai masalah kesihatan, termasuk sakit gout yang semakin menular di kalangan orang ramai pada zaman moden ini. Apakah keberkesanannya dan kenapa Ia mempunyai kesan yang efektif?

Kajian saintis ke atas Air ZamZam menunjukkan ia mempunyai tahap pH yang tinggi antara 7.8 – 9.5, iaitu bersifat alkali. Ini merupakan penjelasan saintifik kenapa air ajaib ini boleh mengurangkan kesengsaraan para pesakit gaut. Ini adalah kerana sakit gout adalah berpunca daripada kepekatan asid urik yang tinggi. Maka dengan meminum Air ZamZam yang bersifat alkali kuat ini, anda boleh kurangkan kandungan asid urik di dalam badan anda.

Air suci ZamZam mengandungi kandungan mineral semula jadi yang tinggi yang menyebabkan Ia bersifat Alkali. Memandangkan gaut adalah berpunca daripada pengumpulan asid urik yang terlalu banyak di dalam badan. Maka, dengan alkalian yang tinggi air suci, ia boleh meneutralkan asid urik yang merupakan akal umbi masalah gout ini. Ada yang berangkak naik kapal terbang semasa pergi ke Mekah dan sampai boleh melompat lari selepas kembali. Ajaib? Anda tentukan.

Memandangkan pelbagai bukti dan testimoni yang menyokong Air Suci yang sungguh ini, saya turut mencari-cari macam mana boleh mendapatkan air ajaib yang beralkali ini di negara kita. Tetapi ini merupakan apa yang saya jumpa….

“…Kerajaan Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zam daripada dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di kebanyakan negara kini. Air zamzam yang dibotolkan ini tidak lagi 100 % tulen, telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah tercemar.Ada yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munsabah…”

Ini membuat saya tertanya-tanya dari mana orang-orang tertentu dapatkan sumber Air ZamZam yang dijual di Malaysia. Harganya bukan murah! RM10 untuk satu botol 1.5 Liter. Kalau memang tulen, tak pe lah. Yang takut adalah ia cuma air paip yang ditapis!

Saya turut mencari-cari apakah sumber air alkali yang boleh memberi kesan peneutralan seperti Air ZamZam. Saya terjumpa satu laman web yang turut ceritakan konsep pengalkalian dan gaut, ia turut mencadangkan satu produk yang berjenama MineralCas Jinliyuan yang boleh neutralkan asid urik badan.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

5 thoughts on “Air ZamZam Sebagai Penawar Penyakit Gout?

  • 27/06/2013 at 7:00 pm
    Permalink

    air himax 5 sgt baik dan berkesan utk peminum dan pesakit gout sbb dia bersifat alkali…sila lihat dln face book PONDOK HIMAX SELANGOR

    Reply
  • 02/05/2013 at 10:58 pm
    Permalink

    bile kita boleh dapat mcm ni?

    Reply
  • 15/01/2013 at 11:54 am
    Permalink

    senang aje nak tau….beli aje kertas litmus and check….but biasanya yang saya dapat masa pergi umrah guna agent memang betul ….org kalau selalu minum air zam zam…dapat tau…

    Reply
  • 09/01/2013 at 3:18 am
    Permalink

    salam,
    apa maksud tuan,”air zamzam yang dibotolkan ini adalah tidak 100% tulen,telah dicampurkan dengan air sumber yang lain dan mungkin telah tercemar”

    adakah air zamzam yang dalam pek 10liter seperti dijual oleh Tabung Haji dan kebanyakan travel agency itu adalah tidak 100% tulen dan tercemar???

    adakah air zamzam yang dibawa oleh para jemaah haji dalam pek 10 liter itu juga adalah tidak 100% tulen dan tercemar?…

    Reply
    • 09/01/2013 at 12:34 pm
      Permalink

      Salam,
      Yg TH dan yg dibawa pulang oleh jemaah tu x pasti saya. Tapi, kalau ikut fakta Krajaan Arab Saudi, dia tak eksport air zamzam. Jadi x tahu lah sumber sebenar yg
      telah dibotolkan seluruh dunia termasuk Malaysia. Wallahu’alam. x dapat nak komen banyak! Apapun yakin dan minum.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*