Cara Mudah Mencari Mukasurat Dalam Al-Quran
tokjogho | Mar 05, 2012 | 0 comments
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nak dikongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar…
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala…
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya…Amiin.
Nota:
Contoh di atas adalah untuk Quran standard yang biasanya digunakan oleh umum untuk mengaji dsb dan bukannya untuk yang ada terjemahan/atau pun yang bersaiz kecil.
Lain2 Artikel Menarik:
Bukti Saintifik Sembelihan Cara Islam Terbaik
20 Fakta Menarik Untuk Direnungi
Ikan Jatuh Dari Langit di Australia
Apa Ada Dalam Kaabah?
Marie Curie - Penerima Anugerah Nobel 2 Kali
Air ZamZam Sebagai Penawar Penyakit Gout?
Filed Under: Tahukah Anda?







