Senyum Mampu Buat Wajah Awet Muda

Satu kajian di Jerman mendedahkan bahawa ekspresi wajah mempunyai kesan besar yang membuat anda kelihatan tua. Oleh itu, dengan senyum akan membuat penampilan anda lebih muda. Penyelidik Jerman bertanya lebih dari 150 wanita dan lelaki dari pelbagai usia untuk meneka usia orang lain dengan memperlihatkan imej dari 171 wajah, termasuk wajah anak muda, lelaki separuh baya, dan orang lanjut usia.

Dalam beberapa gambar, kelihatan wajah tersenyum. Di sisi lain, mereka tampak marah, takut, jijik, sedih hingga hanya menunjukkan ekspresi wajah neutral.
Menurut kajian, ternyata banyak peserta dalam kajian ini lebih cenderung meremehkan usia seseorang, ketika foto memperlihatkan wajah tersenyum. Lantas apa hubungannya antara senyum dan kesan umur? Penyelidik menjelaskan bahawa orang dengan ekspresi raut muka senang menjadi menarik dengan cara lain termasuk kelihatan lebih muda mereka dari usia sebenarnya.

Kerutan sementara yang dibuat oleh senyum ternyata membuat sukar untuk mengadar usia seseorang, sehingga sukar bagi seseorang untuk meneka usia orang lain yang sebenarnya. Senyuman juga membantu melembutkan garis dan kerutan di dahi. Jadi, tampilkan diri anda dengan senyuman setiap hari. Kita sudah tentu beruntung kerana hanya dengan sedikit senyuman, kita akan kelihatan lebih muda.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*