Serai Mencegah Penyakit Kanser?

khasiat serai cegah kanserSerai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan biasa yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan. Padahal, minyak asiri dalam tanaman ini banyak digunakan dalam industri kosmetik untuk pembuatan minyak wangi dan sabun.

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumput. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.

Tanaman serai digunakan dalam pelbagai kebudayaan. Bahagian dari tanaman ini yang boleh digunakan untuk herba termasuk akar, batang, dan daun.

Berikut ini beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

– Mencegah kanser

Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, sebuah pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

– Ubat gangguan pencernaan

Teh yang mengandungi serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan gas dari usus sekaligus mencegah pembentukan gas lebih lanjut.

– Detoksifikasi

Serai juga mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat sudah disingkirkan.

– Manfaat pada sistem saraf

Minyak esensial yang dibuat menggunakan serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

– Menurunkan tekanan darah

Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai untuk menurunkan hipertensi.

– Sebagai analgesik

Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit, teh limau dan serai pasti boleh membantu.

– Kulit indah

Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Manfaatnya antara lain mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

– Kesihatan wanita

Pengambilan teh yang dicampur serai mungkin akan membantu mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Serai Mencegah Penyakit Kanser?

  • 17/06/2013 at 10:16 am
    Permalink

    ada rancangan Agrotek yang memaparkan pasal produk citralife iaitu pembuatan teh herba daripada serai. rasanya untuk pesakit kanser hanya perlu minum teh herba tersebut agaknya.

    Reply
  • 27/05/2013 at 2:11 pm
    Permalink

    bagaimanakah cara2 utk mengubati kanser dgn menggunakan serai?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*