Pengorbanan Si Penguin Jantan – Ilham Sang Pencipta

Tahukah anda sekiranya kita ingin memilih “Bapa Mithali” di kalangan haiwan ciptaan Allah, kita tentu mesti pilih burung Penguin Jantan. Ini kerana Penguin Jantan adalah satu contoh haiwan yang bersedia mengharung kepayahan demi mengeram dan membesarkan anaknya.

pengajaran drp penguin jantan mengeram

Setelah penguin betina bertelur, ia perlu keluar mencari makanan sebagai persediaan bila telur itu menetas. Penguin jantan berperanan untuk mengeramkan telur itu selama empat bulan dalam musim salji yang begitu sejuk. Penguin jantan membuat pengorbanan untuk mengeram telur itu selama empat bulan tanpa makan dan tanpa berganjak sehingga ia kehilangan separuh berat badan kerana tidak dapat keluar mencari makanan, serta bertahan dalam ribut salji yang kuat.

Selepas tamat tempoh itu, penguin betina datang dan mengambil alih tugas menyambut kelahiran anak, seterusnya menjaga dan mendidik anak dalam beberapa bulan tanpa mempunyai banyak peluang untuk makan. Nampaknya, kedua-dua ibu dan bapa penguin menunjukkan gambaran naluri kasih sayang terhadap anak-anak mereka.

Penguin hanyalah haiwan biasa yang tidak berakal seperti bintang-binatang lain. Namun, persoalannya siapakah yang membuatkan penguin-penguin ini sanggup berkorban demi anak mereka?

Hanya satu jawapannya iaitu Allah s.w.t. Allah yang menjadikan penguin-penguin ini, maka Allahlah yang mengilhamkan mereka untuk berkorban sedemikian rupa dan menjadikan mereka berkerjasama semata-mata untuk membesarkan anak-anak mereka. Pada neraca manusia, mungkin perkara ini hanyalah satu undang-undang alam yang terjadi secara fitrah dan semulajadi. Tapi, kita lupa bahawa ini semua adalah nikmat ILHAM yang Allah campakkan ke dalam hati penguin-penguin ini. Allah sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran kepada manusia.

Tidak ada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia. Hatta seekor lalat sekalipun mempunyai kelebihan sebagai mana yang disebutkan dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 73.

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).  [22:73]

*****

Ada binatang yang kasih kepada anaknya sehingga sanggup berkorban mempertaruhkan nyawa sendiri. Sememangnya manusia lebih istimewa berbanding makhluk lain kerana kita memiliki akal. Seharusnya kita harus lebih baik dalam menyemai naluri kasih sayang berbanding haiwan-haiwan lain. Selain penguin, banyak lagi contoh makhluk alam lain yang boleh kita jadikan teladan misalnya bagaimana daripada seekor ulat beluncas boleh bertukar menjadi rerama yang sangat cantik. Bagaimana kuatnya semangat ibu burung menjaga telur-telur yang baru menetas. Mereka tidak dikurniakan akal seperti kita, tetapi kerana ilham Sang Pencipta membolehkan kitaran hidup mereka berjalan atas percaturanNya.

Layanilah video di bawah menceritakan tentang si Penguin Jantan sebagai iktibar kepada kita semua.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=Ide6HfWiOTU[/youtube]

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*