Al-Khindi – Cendekiawan Islam Teragung

al kindi ilmuwan islam dan ahli filosofi islam

Nama : Abu Yousuf Yaqub Ibn. Ishak al-Khindi.

Lahir : Kufa sekitar tahun 800 Masehi.

Kepakaran : falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik.

Sumbangan

Bagaimanapun, beliau lebih dikenali kerana hasil kerjanya dalam bidang falsafah. Dalam bidang Matematik, beliau menulis empat buah buku mengenai sistem nombor. Malah beliau juga meletakkan asas terhadap sebahagian besar dalam bidang arithmetik moden.

Walaupun tidak dinafikan al-Khawarizmi memberikan sumbangan yang besar terhadap sistem nombor Arab, Al-Khindi turut memberikan sumbangan terhadap bidang geometri sfera untuk membantunya dalam bidang pengajian astronomi.

Dalam bidang kimia, beliau mencadangkan idea bahawa logam asas boleh ditukarkan menjadi logam yang berharga.

Sementara itu, dalam bidang fizik pula, beliau memberikan sumbangan yang besar dan menulis buku dalam bidang optik geometrikal.

Dalam bidang perubatan, beliau merupakan orang pertama yang berjaya menentukan secara sistematik dos untuk menghasilkan ubat.

Al-Khindi juga sebenarnya seorang penulis yang sangat produktif. Beliau menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang.

Antaranya ialah:

+ Astronomi (16 buah)
+ Aritmetik (11 buah)
+ Geometri (32 buah)
+ Perubatan (22 buah)
+ Fizik (12 buah)
+ Falsafah (22 buah)
+ Logik (sembilan buah)
+ Psikologi (5 buah)
+ Muzik (tujuh buah)

Selain itu, al-Khindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu-batan, batu-batu berharga dan sebagainya.

Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkan hasil karya dalam bidang Greek ke dalam bahasa Arab.

Dalam bahasa Latin, al-Khindi dikenali sebagai Alkindus. Banyak buku-buku al-Khindi diterjemahkan ke dalam bahasa latin oleh Gherard of Cremona.

Antara buku-buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin termasuklah Risalah dar Tanjim, Ikhtiyarat al-Ayyam, Ilahyat-e-Aristu, al-Mosiqa, Mad-o-Jazr dan Aduiyah Murakkaba.

Sebenarnya sumbangan dan pengaruh al-Khindi dalam perkembangan sains dan falsafah sungguh bermakna dalam menghidupkan dunia sains ketika zaman itu.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*