Sejarah Masjid Nabawi dan Kubur Nabi s.a.w.

Bismillahi Allahumma Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Solatu Wassalamu ‘ala Rasulillah wa ‘ala alih. Amma ba’du. Sempena bulan kelahiran dan bulan kewafatan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, indahnya jika kita mengingati sejarah Rasul yang dimuliakan Allah yang memberi syafaat kepada kita kelak, Insya Allah. Masjid Nabawi dan Kubur Nabi, kisah yang jarang didengari. Pembaca yang dikasihi Allah, sesungguhnya tiada tempat lebih afdal untuk berbulan madu, untuk melancong atau untuk berziarah melainkan tiga masjid dan salah satunya ialah Masjid Nabi.

 

حَدَّثَنِيعَمْرٌو النَّاقِدُ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ جَمِيعًا عَنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ قَالَ عَمْرٌوحَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُبِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّاإِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِي هَذَا وَمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الْأَقْصَىو حَدَّثَنَاه

أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى عَنْمَعْمَرٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ تُشَدُّ الرِّحَالُإِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ

Telah menceritakan kepadaku Amru An Naqid dan Zuhair bin Harb semuanya dari Ibnu Uyainah – Amru berkata- Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri dari Sa’id dari Abu Hurairah hingga sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: "Janganlah kalian bersusah payah melakukan perjalanan jauh, kecuali ke tiga Masjid. Iaitu; Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah) dan Masjid Al Aqsha." Dan Telah menceritakannya kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abdul A’la dari Ma’mar dari Az Zuhri dengan isnad ini, hanya saja ia menyebutkan; "Diperbolehkan untuk bersusah payah mengadakan perjalanan jauh ke tiga Masjid."

Percaya atau tidak, pernah suatu ketika terdapat empat Imam yang bersolat serentak di dalam Masjid ini pada waktu yang sama. Imam ini mengiringi makmum mazhab masing-masing (Hanafi, Syafi’i, Maliki, dan Hambali) mengimami solat di Masjid Nabawi secara terpisah pada waktu yang sedikit berbeza dan tempat yang berbeza. Namun kini, hanya satu solat berjamaah yang diselanggarakan di Masjid Nabawi, yang dipimpin oleh Imam dari Mazhab Hambali.
Semakin menarik untuk meneruskan bacaan ini, semoga kita bertambah mencintai Rasulllah dan mencintai sunnahnya dan membenci bid’ah yang tidak ada kaitannya dengan sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.


Makam Nabi dan Sahabatnya
Tahukah makam nabi itu sebenarnya adalah lokasi rumah Rasulullah bersama Aisyah? Dan bersebelahan rumahnya iaitu disebelah kanan rumah Rasulullah itulah terdapat masjid yang dibina berbumbungkan pelepah kurma. Apa yang kita lihat sekarang adalah gambar masjid yang moden yang telah diperluaskan sejak zaman berzaman.

 

حَدَّثَنَاعَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍقَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ قَالَ حَدَّثَنَا نَافِعٌ أَنَّعَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ أَخْبَرَهُ أَنَّ الْمَسْجِدَ كَانَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِاللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَبْنِيًّا بِاللَّبِنِ وَسَقْفُهُ الْجَرِيدُوَعُمُدُهُ خَشَبُ النَّخْلِ فَلَمْ يَزِدْ فِيهِ أَبُو بَكْرٍ شَيْئًا وَزَادَ فِيهِعُمَرُ وَبَنَاهُ عَلَى بُنْيَانِهِ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ بِاللَّبِنِ وَالْجَرِيدِ وَأَعَادَ عُمُدَهُ خَشَبًا ثُمَّ غَيَّرَهُ عُثْمَانُفَزَادَ فِيهِ زِيَادَةً كَثِيرَةً وَبَنَى جِدَارَهُ بِالْحِجَارَةِ الْمَنْقُوشَةِوَالْقَصَّةِ وَجَعَلَ عُمُدَهُ مِنْ حِجَارَةٍ مَنْقُوشَةٍ وَسَقَفَهُ بِالسَّاجِ

Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim bin Sa’d berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku dari Shalih bin Kaisan berkata, telah menceritakan kepada kami Nafi’ bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar mengabarkan kepadanya, bahawa pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Masjid dibangun dengan menggunakan tanah liat yang dikeraskan (bata). Atapnya dari dedaunan sedangkan tiangnya dari batang pohon kurma. Pada masanya Abu Bakar tidak memberi tambahan renovasi apapun, kemudian pada masanya Umar bin Al Khaththab ia memberi tambahan renovasi, Umar merenovasi dengan batu bata dan dahan barang kurma sesuai dengan bentuk yang ada di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Tiang utama ia ganti dengan kayu. Kemudian pada masa Utsman ia banyak melakukan perubahan dan renovasi, dinding masjid ia bangun dari batu yang diukir dan batu kapur. Kemudian tiang dari batu berukir dan atapnya dari batang kayu pilihan."

 

 

Jika diteliti di celah jaring pintu emas ini, tiada apa yang kelihatan melainkan hanya dinding sahaja kerana pintu ini hanyalah dinding pertama, dinding sebenarnya ada di dalam dan di dalam dinding satu lagi inilah terdapat makam. Tiada yang dapat dilihat melalui pintu emas ini melainkan dinding dan suasana yang gelap sahaja.

 

Terdapat tiga pintu, pintu yang paling kanan itulah terletaknya makam Nabi. Pintu yang kembar itu terletaknya makam dua sahabat Nabi iaitu Abu Bakar dan Umar.Sebenarnya ada satu lagi lubang disebelah Pintu Makam Sahabat (sebelah Kanan), dikatakan makam di situ masih kosong, kerana ianya adalah tempat Nabi Allah Isa a.s akan dikebumikan selepas turun ke bumi di akhir zaman nanti.

Raudhah
Salah satu bahagian Masjid Nabawi terkenal dengan sebutan Raudhah (Taman syurga). Doa-doa yang dipanjatkan dari Raudhah ini diyakini akan dikabulkan oleh Allah. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah.

 

Raudhah adalah sebuah tempat yang letaknya di antara rumah Nabi Muhammad dan mimbar syarif. Ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar raudhah.

Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa. Tempat ini diberikan nama raudhah oleh Rasulullah sendiri.

 

 

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ عَنْ يَحْيَىعَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِعَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌمِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي

Telah menceritakan kepada kami Musaddad dari Yahya dari ‘Ubaidullah bin ‘Umar berkata, telah menceritakan kepada saya Khubaib bin ‘Abdurrahman dari Hafsh bin ‘Ashim dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga) ". (Hadis Riwayat Bukhari, hadis yang sama dari jalan Amru bin Ali dari Abu Hurairah dan hadis yang sama juga dari Abdullah bin Zaid Al-Zaaziniy. Hadis riwayat Muslim dari jalan Abdullah bin Zaid Al-Ansari dan juga dari Abu Hurairah)

Pengubahsuaian Masjid Nabawi
Era selepas Sayidina Utsman Al-Affan pula berlakulah penambahan demi penambahan. Kronologi Masjid Nabawi berdasarkan tahun Masihi.
622 – Didirikan oleh Nabi Muhammad
629 – Diperluas oleh Nabi
638 – Diperluas oleh Saidina Umar al-Khattab.
650 – Saidina Uthman Affan menggantikan tiang dan atap serta memperluas bahagian lantai.
707 – Diperbaiki oleh Walid bin Abd Malik dan Umar bin Abd Aziz (Bani Umaiyah).
778 – Diperluas oleh al-Mahdi (Bani Abbasiah).
1247 – Terbakar.
1256 – Malik az-Zahir (Mamluk) menambah menara serta lantai bahagian hadapan.
1468 – Diperbaiki oleh Asyraf Qaitbay (Penguasa Mamluk).
1481 – Terbakar lagi.
1574 – Salim I (Uthmaniah) menggunakan marmar.
1818 – Diperbesar oleh Mahmud II (Uthmaniah). Kubah dicat hijau.
1849 – Dibangun besar-besaran oleh Sultan Abdul Majid (Uthmaniah).
1952 – Diperluas oleh Raja Abd Aziz ibnu Sa’ud (Arab Saudi).
1984 – Diperluas dan diperbaiki oleh Raja Fahd (Arab Saudi).

 

Gambar Masjid Nabawi di awal kurun ke 20, masih dalam peringkat pembinaan dan pembesaran.

Larangan Membina Kuburan Di Dalam Masjid
Rasulullah berpesan agar kuburnya tidak dijadikan masjid. Ini kerana Allah telah melaknat dan memerangi kaum Yahudi yang menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid. Sesungguhnya mereka itu apabila ada seorang laki-laki shalih di antara mereka lalu dia meninggal, maka mereka membangun di atas kuburannya sebuah masjid, dan mereka menggambar laki-laki tersebut. Mereka itu adalah sejelek-jeleknya makhluk di sisi Allah pada hari kiamat. (Hadis Riwayat Muslim). Kalau bukan kerana sikap Yahudi dan Nasrani hingga menimbulkan syirik dan pujaan, sudah tentu nabi akan berpesan agar kuburnya dibina di dalam masjidnya. Inilah dalilnya:

 

حَدَّثَنَاأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَمْرٌو النَّاقِدُ قَالَا حَدَّثَنَا هَاشِمُبْنُ الْقَاسِمِ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ هِلَالِ بْنِ أَبِي حُمَيْدٍ عَنْ عُرْوَةَبْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ فِي مَرَضِهِ الَّذِي لَمْ يَقُمْ مِنْهُ لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىاتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ قَالَتْ فَلَوْلَا ذَاكَ أُبْرِزَ قَبْرُهُغَيْرَ أَنَّهُ خُشِيَ أَنْ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا وَفِي رِوَايَةِ ابْنِ أَبِي شَيْبَةَوَلَوْلَا ذَاكَ لَمْ يَذْكُرْ قَالَتْ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Amru an-Naqid keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Hasyim bin al-Qasim telah menceritakan kepada kami Syaiban dari Hilal bin Abi Humaid dari Urwah bin az-Zubair dari Aisyah radhiyallahu’anhu dia berkata, "Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam bersabda dalam sakitnya yang menyebabkan beliau tidak bisa bangkit lagi, Allah melaknat kaum Yahudi dan Nashrani yang menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid’." Aisyah berkata, "Kalau bukan kerana itu, nescaya kuburan beliau dipertontonkan, padahal tindakan itu dikhuatirkan akan dijadikannya kuburan beliau sebagai masjid." Dan dalam riwayat Ibnu Abi Syaibah, "Kalau bukan kerana itu niscaya dia tidak menyebutkan sesuatu yang Aisyah katakan."(Hadis Riwayat Muslim)

Kubah dan Menara Masjid Nabawi

Terdapat 27 buah kubah di masjid Nabawi yang biasanya dibuka setelah selesai solat subuh dan solat asar bagi memberi pencahayaan semulajadi di dalam masjid dan untuk peredaraan udara.

Terdapat banyak kubah dan kubah hijau itulah terletaknya makam nabi.

 

 

Kubah yang sedang terbuka secara automatik.

 

Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid.

 

Inilah wasiat 5 hari sebelum kewafatan Rasulullah.

 

حَدَّثَنَاأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَاللَّفْظُ لِأَبِيبَكْرٍ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا وَقَالَ أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُعَدِيٍّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ زَيْدِ بْنِ أَبِي أُنَيْسَةَ عَنْعَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ النَّجْرَانِيِّ قَالَ حَدَّثَنِيجُنْدَبٌ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْيَمُوتَ بِخَمْسٍ وَهُوَ يَقُولُ إِنِّي أَبْرَأُ إِلَى اللَّهِ أَنْ يَكُونَ لِي مِنْكُمْخَلِيلٌ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَدْ اتَّخَذَنِي خَلِيلًا كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَخَلِيلًا وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنْ أُمَّتِي خَلِيلًا لَاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍخَلِيلًا أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ

قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْوَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ إِنِّي أَنْهَاكُمْعَنْ ذَلِكَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ishaq bin Ibrahim dan lafazh tersebut milik Abu Bakar. Ishaq berkata, telah mengabarkan kepada kami dan Abu Bakar berkata, telah menceritakan kepada kami Zakariya’ bin ‘Adi dari Ubaidullah bin Amru dari Zaid bin Abi Unaisah dari Amru bin Murrah dari Abdullah bin al-Harits an-Najrani dia berkata, telah menceritakan kepadaku Jundab dia berkata,

"Lima hari menjelang Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam wafat, aku mendengar beliau bersabda, ‘Aku berlepas diri kepada Allah dari mengambil salah seorang di antara kalian sebagai kekasih, kerana Allah Ta’ala telah menjadikanku sebagai kekasih sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih. Dan kalaupun seandainya aku mengambil salah seorang dari umatku sebagai kekasih, niscaya aku akan menjadikan Abu Bakar sebagai kekasih. Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang-orang sebelum kalian itu menjadikan kuburan para nabi dan orang-orang shalih dari mereka sebagai masjid, maka janganlah kalian menjadikan kuburan-kuburan itu sebagai masjid, kerana sungguh aku melarang kalian dari hal itu".

Di sini timbul pula isu, adakah kubur Nabi berada di dalam masjid? Ya benar sekali jawapan itu walaupun terdapat khilaf. Antara khilafnya ialah:
a. Golongan pertama mengatakan kubur nabi di dalam Masjid Nabawi kerana bangunannya menutupi keseluruhan makam nabi.
b. Golongan kedua mengatakan, walaupun berada di dalam Masjid, tetapi tidaklah berkiblatkan pada kubur nabi. Ini kerana kebiasaannya, di dinding pintu ini terlalu sesak dengan umat yang mahu bertawasul dengan nabi shallallahu alaihi wasallam.
c. Tidak terdapat ruang solat dan kawasan makam nabi bukanlah tempat beribadah. Hanya ahlu bid’ah yang bersolat di sini
Akibat kekeliruan ini, maka saya mendatangkan pula pelan Masjid Nabawi dan nilailah sendiri. Kepada yang pernah mengerjakan umrah, haji atau melancong ke sana, sudah tentu tahu jawapannya.

Keterangan Gambar Pelan Masjid Nabawi (klik untuk besarkan gambar):
1. Makam Rasulullah
2. Makam Syaidina Abu Bakar as Shiddiq
3. Makam Syaidina Umar ibn Khaththab
4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk pemakaman Imam Mahdi r.a / Nabi Isa a.s , ada 2 kemungkinan yaitu berada setentang dengan makam Rasulullah atau berada di belakang makam Syaidina Umar ibn. Khaththab
5. Tempat peristirahatan Siti Aisyah ra.
6. Tempat kedatangan malaikat Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada Rasulullah.
7. Dinding bilik Siti Aisyah r.a , yang dibina sendiri oleh Rasulullah, hingga saat in tembok tersebut masih berdiri dengan kukuh
8. Dinding makam berbentuk segi lima, yang dibina oleh Khalifah Umar ibn Abd Aziz, agar makam Rasulullah tidak menyerupai ka’bah dan terlalu "sucikan" oleh umat Islam.
9. Dinding segi lima lapis kedua yang dibina oleh sultan Qait bay dari Mesir
10. Tiang-tiang yang memperkukuhkan dinding segi lima lapis kedua
11. Bahagian dari raudah yang terdapat dibahagian dalam tembok ruangan makam.
12. Bahagian dari raudah yang terdapat di luar ruangan makam, (nombor 12 tidak terdapat pada plan, kawasan ini adalah tempat yang biasanya dijadikan rebutan oleh ummat Islam)
13. Kawasan dengan nombor 13 adalah bukan bahagian dari raudah.
14. Kediaman Siti Fathimah ra.
15. Mihrab di dalam kediaman Fatimah, yang dibina oleh sultan Qait bay
16. Mihrab tempat tempat Rasulullah seringkali bertahajud seorang diri
17. Tempat Rasulullah solat tahajud berjamaah bersama ahli suffah, tempat ini berada di belakang kediaman Siti Fathimah. Suffah berarti tempat berteduh. Sahabat Nabi yang miskin dan tidak memiliki rumah, bertimpat tinggal di Suffah. Di sini mereka mendapat pendidikan tentang Islam dan mengamalkannya. Jika kita berjalan dari tiang Aisyah berlawanan dengan arah qiblat, Suffah berada setelah tiang ke-5. Namun setelah Nabi memperluas Masjid pada tahun ke-7 Hijriah, Suffah dipindah sekitar sepuluh meter kea rah Timur, seperti yang tergambar pada denah Masjid Nabawi.
18. Lubang besar terletak di bahagian depan, lubang ini lurus searah dengan makam Rasulullah.
19. Lubang kecil terletak dibahagian depan searah dengan makam syaidina Abu Bakar ra
20. Lubang kecil di bahagian depan se arah dengan makam syaidina Umar Ibn Khaththab ra
21. Tempat beberapa baki -baki batu kediaman Rasulullah, yang kemudian dibuang pada masa Khalifah Al Walid ibn Abd. Malik
22. Usthuwanah al Sarir, tempat Rasulullah beristirahat ketika terlalu letih beribadah
23. Usthuwanah al Wufud, tempat Rasulullah seringkali menerima tamu-tamu penting
24. Usthuwanah al Hirs, tempat para shahabat berkawal menjaga Rasulullah, seringkali syaidina Ali ibn Abi Thalib berkawal di situ
25. Bab (pintu) Al Taubah, pintu masuk makam dibahagian depan
26. Bab (pintu ) Aisyah, pintu masuk makam dibahagian tepi dari arah raudah
27. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kepala Rasulullah yang mulia.
28. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kaki Rasulullah yang mulia
29. Beberapa pintu masuk menuju makam Rasulullah.
30. Lingkaran kubah kecil yang berada tepat di atas makam Rasulullah.
31. Lingkaran kubah lapis kedua, yang disebut kubah al zarqa’
32. Lingkaran kubah lapis ketiga, atau kubah al khadra’ (kubah hijau) yang terlihat dari bagian luar makam.
33. Bahagian dari kawasan makam (tertulis dengan nombor 32)
34. Kawasan setinggi kurang lebih 30 cm, tempat para ahl suffah berjamaah solat tahajud bersama Rasulullah.
35. Kawasan setinggi kurang lebih 60 cm, tempat ahl suffah biasa berkumpul
36. Usthuwanah al taubah
37. Usthuwanah A’isyah
38. Mihrab tempat solat Rasulullah.
39. Usthuwanah al Mukhallaqah
40. Minbar Rasulullah.
41. Kawasan tempat azan

Begitulah serba sedikit keterangan mengenai Masjid Nabawi.

أَلَاكُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللَّهَ بَاطِلٌ

Wallahu a’lam.

 

Sumber: Klinik Muaalij

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Sejarah Masjid Nabawi dan Kubur Nabi s.a.w.

  • 06/03/2013 at 4:45 am
    Permalink

    Mohon pencerahan ,Tolong email kan kitab imam nawawi n ibn hajar yg mengatakan memperbykkn doa di raudah ..lagi mudah email muhammadbamadhaj@aol.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*