Nenas Boleh Sebabkan Keguguran?

Saya banyak temui artikel yang mengatakan bahawa nenas boleh menyebabkan keguguran kepada ibu-ibu hamil terutama pada awal mengandung. Lebih-lebih lagi apabila ianya dikaitkan dengan pantang larang orang Melayu yang tidak menggalakkan ibu mengandung memakan nenas semasa hamil kerana takut berlaku keguguran.

 

makan nenas ketika hamil

 

Namun, menariknya adakah petua itu betul? Adakah kes-kes keguguran yang konsisten dengan tegahan memakan nenas itu? Semalam saya terbaca satu artikel di Blog Dr Zubaidi tentang persoalan. Berikut adalah petikan artikel beliau. Semoganya ianya bermanfaat untuk semua.

 

—————————————————————————————————————————————————–

 

Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran ?”

Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan

persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan.

Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran ” sambung wanita itu lagi.

Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengkaji hal ini. Namun begitu terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada di akhir kehamilan. Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahim ( serviks ) seterusnya mempercepatkan proses kelahiran. Walau bagaimana pun belum ada kajian yang lengkap mengenai dakwaan ini.

 

Jadi betullah memakan seulas nenas boleh menyebab keguguran ?”

 

Saya tersenyum. Kuantiti enzim bromelain sebenarnya terlalu sedikit dalam sebiji nenas. Sebagai logik perbandingan, sebiji nenas tidak boleh menyebabkan keguguran, apatah jika seorang wanita hamil memakan

seulas nenas yang dipotong. Ia juga tidak memberi kesan mempercepatkan proses kelahiran. Dianggarkan seorang wanita mahu mempercepatkan kelahiran, memerlukan tujuh biji buah nenas untuk dimakan. Silap hari bulan, boleh mendapat sakit perut pula.

 

Doktor, mengapa bila saya makan nenas, perut saya akan meragam ?”

Saya tidak menafikan, salah satu kesan memakan nenas terlalu banyak ialah boleh menyebabkan sakit perut dan ceret beret yang serius.

 

Saya ada juga makan nenas, tetapi jus nenas. Alhamdulillah, tak berlaku keguguran ” kata seorang wanita lain pula.

Ini bukan satu yang pelik. Enzim bromelain sangat sensitif dan stuktur biokimianya boleh rosak dan termusnah dalam proses pembuatan jus nenas atau proses pengetinan. Saya tidak berani mengatakan jus nenas dan nenas yang ditinkan selamat untuk wanita hamil. Saya juga tidak berani mengatakan memakan seulas nenas yang dipotong tidak mendatngkan bahaya pada wanita yang hamil, terutama di awal kehamilan.

 

Berwaspadalah. Wallahu a’lam

Rujukan:

Tiran, D. 2009. Complementary therapies: your questions answered. Use of pineapple for induction of labour. Pract Midwife 12(9):33-4

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Nenas Boleh Sebabkan Keguguran?

  • 09/07/2013 at 9:02 pm
    Permalink

    terbaik tapi yg sye inginkan x de lah

    🙁

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*