Cara Sediakan Selusuh

minyak selusuh
Selusuh adalah salah satu ikhtiar dengan mengamalkan kaifiat tertentu untuk memudahkan kelahiran. Hukum mengamalkannya adalah harus selagi mana kaifiat-kaifiat yang digunakan tidak mempunyai bacaan atau amalan yang bercanggah dengan syariat seperti menyeru kepada selain Allah, jampi-jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik atau tidak difahami. Amalan selusuh yang diharuskan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan proses kelahiran. Ayat-ayat atau jampi-jampi dibacakan samada pada air, minyak, buah kurma atau pada ibu yang akan bersalin. Amalan-amalan telah dilakukan secara turun-temurun oleh orang-orang kampung. Testemoninya sudah lama dan banyak terbukti. Amalan ini ada disebut di dalam kitab-kitab rawatan Islam.

 

Kadang-kadang kita terdengar, ada orang mendakwa isterinya bersalin anak pertama dengan kepayahan atau ada masalah tertentu walaupun melakukan selusuh dan mudah pula bagi anak kedua walaupun tanpa amalan selusuh. Sebenarnya, kita hanya berdoa Allah yang menentukan. Jangan kita lupa masih ada beberapa perkara perlu difahami dan diimani. Pertama, proses kelahiran amat menyakitkan dan ibu yang bersalin umpama sedang berjihad. Jadi tidak hairan jika meninggal kerana bersalin seseorang ibu itu diberi pahala syahid. Jika berjaya proses itu menjadi kifarat kepada dosa-dosanya yang telah lalu. Besarnya rahmat Allah. Kedua, selusuh hanyalah semata-mata ikhtiar dan doa dari makhluk. Makbul atau tidak doa makhluk tetap tertakluk kepada rahmat Allah. Kadang-kadang penderitaan dan kesakitan itu merupakan nikmat yang besar kerana banyak dosa-dosa terampun sekiranya kita sabar dan redha menerimanya sebagai ujian Allah SWT. Ketiga, doa yang merupakan senjata mukmin juga merupakan pengikat dan penghubung dengan Allah Rabbul Jalil.

 

Maksud firman Allah :

“Orang-orang yang beriman apabila menghadapi kesusahan mereka akan berserah dan berkata sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali”.

Terserah kepada anda untuk mengamalkannya atau tidak. Di sini disediakan beberapa kaifiat untuk amalan selusuh pada air, minyak, kurma dan sebagainya.

Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun artikel cara menyediakan air dan minyak selusuh. InsyaAllah, apa yang baik itu daripada Allah swt dan yang lemah dan buruk hanya daripada makhluk dan hambaNya. Wallahua’lam.

 

CARA BUAT MINYAK SELUSUH–> SILA DOWNLOAD FREE

 

Sumber dipetik drp: Blog E-Panduan

Filed Under: Tahukah Anda?

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTUyLTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6152-150x150.jpg

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Panduan Solat Istikharah

May 19th, 2013

SOLAT ISTIKHARAH Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang[...]


Puasa Bagi Pesakit Diabetes

Puasa Bagi Pesakit Diabetes

May 14th, 2013

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah [...]


Kisah Janda Yang Dahaga

Kisah Janda Yang Dahaga

May 10th, 2013

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.[...]


7 Kebaikan Tidur Awal

7 Kebaikan Tidur Awal

May 10th, 2013

Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bang[...]


Luasnya Neraka Allah

Luasnya Neraka Allah

May 10th, 2013

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibu bapa kami, isteri k[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Khasiat Lobak Merah-Lobak Putih

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat. Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, kalsium, dan potasium . Ia...

Close
20 queries in 0.828 seconds.