Habbatus Sauda–Penyembuh Segala Penyakit

khasiat habbatus sauda

Habbatus Sauda atau juga dikenali sebagai jintan hitam (nigella sativa) adalah rempah-ratus yang digunakan sebagai ubat sejak ribuan tahun yang lalu. Rempah berbentuk butiran biji berwarna hitam ini telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan dan Timur Tengah untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya juga digunakan sebagai tanaman herba dan ubat semasa perkembangan awal Islam. Penulis memanggilnya “Raja Segala Herba” berdasarkan kepada keyakinan penulis kepada kerasulan Rasulullah s.a.w. dan hadis-hadis sahih mengenai Habbatus Sauda.

Habbatus Sauda juga dikenali sebagai black seed, nigella sativa, jintan hitam, black cumins dan lain-lain. Ia digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat dalam banyak penulisan lama seperti Ibnu Sina (980 – 1037 M), Al Biruni (973 – 1048 M), Al Antiki, Ibnu Qayyum dan Al Baghdadi.

Habbatus Sauda asalnya tumbuh liar di Negara sekitar Mediterranean, kemudian di tanam secara meluas di Afrika Utara terutama di Mesir, di Eropah, di Syria dan Asia Tengah seperti di Iran dan India. Jika iklim sesuai, ianya sangat senang ditanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan. Walaupun pohonnya kecil, namun ianya mempunyai manfaat yang sangat besar kepada manusia. Ia tumbuh dengan ketinggian sekitar paras betis sahaj dan berdaun halus. Batangnya berwarna hijau, bulat dan berbulu. Walaubagaimanapun bukan semua jenis spesis boleh digunakan untuk perubatan. Salah satu daripada keistimewaan Habbatus Sauda adalah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ianya memerlukan air yang sedikit sahaja untuk tumbuh. Namun, dari tanah yang kering inilah Allah SWT menumbuhkan Raja Segala Herba ini yang sangat besar khasiatnya kepada manusia. Ia tumbuh baik di tanah yang berpasir atau sederhana kerasnya dan mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.

Pakar perubatan masa kini telah banyak yang mengakui kehebatan khasiat Habbatus Sauda. Dr. Stanley Kopok (USA) berkata: ”Habbatus Sauda mempunyai bahan  sangat penting untuk mencegah tumor dan dalam jangka waktu lama memperkuat sistem immunisasi badan”. Sementara Dr. Tajul Aris Yang (Malaysia) mengatakan bahwa Omega yang terkandung dalam Habbatus Sauda adalah lebih 10 kali ganda dari pada DHA dan EPA. Habbatus Sauda’ mengandung kandungan nutrisi dalam menjaga sistem immunisasi badan. Ujian klinikal telah membuktikan bahwa Habbatus Sauda’ dapat meningkatkan kesihatan. Bahan aktif yang terdapat dalam Habbatus Sauda ialah thymoquinone. BERNAMA pernah melaporkan bahawa satu kajian telah dijalankan di UPM (Universiti Putra Malaysia) terhadap bahan “thymoquinone” yang diekstrak dari Habbatus Sauda yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, barah, penyakit Alzheimer dan melambatkan proses penuaan.

Habbatus Sauda juga kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, fatty acid tidak tepu (unsaturated essential fatty acids – EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, oleh itu sumber utamanya adalah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein, Karotene iaitu  sumber vitamin A, Kalsium dan zat besi. Habbatus Sauda juga digunakan secara tradisional untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk, asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina (980 – 1037 M), tokoh ilmuwan dari Timur Tengah dalam bidang perubatan yang namanya tercatat dalam kebanyakan buku sejarah perubatan Timur mahupun Barat, telah membuat kajian mengenai pelbagai khasiat Habbatus Sauda untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga telah menulis mengenai khasiat Habbatus Sauda untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan. Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan keletihan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batu, bronchitis, masalah perut, cacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Ibnu Qayyim dilaporkan telah menyenaraikan 50 penyakit-penyakit yang boleh dirawat oleh Habbatus Sauda. Dr. Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya ketahanan badan (immune system).

Dalam sebuah buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda” oleh Dr Hassan Syamsi Baasya, beliau menjelaskan khasiat-khasiat Habbatus Sauda berdasarkan kepada kajian-kajian yang dibuat. Antaranya adalah membantu mengeluarkan asid urik dari dalam badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout. Bahan “Nigellion” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran bernafas dan serangan Asma dan memberi manfaat dalam rawatan serangan ke atas pembuluh udara (bronchitis). “Nigellion” juga mengurangkan pengeluaran “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic), menyembuhkan selsema, merendahkan tekanan darah dan banyak lagi. Ia juga dipercayai dapat mencegah jangkitan selsema babi atau influenza A (H1N1).

Akhbar Al-Khaleej melaporkan, penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50% di beberapa Negara Asia dan Arab Saudi dan Mesir. Khasiat penawar dalam Habatus Sauda telah disebut dalam banyak hadis sahih. Berdasarkan maksud-maksud hadis-hadis sahih, para alim ulama telah memasukkan Habbatus Sauda ke dalam senarai Perubatan Kenabian.

Hadis Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa beliau pernah mendengar Nabi bersabda, “Sungguh dalam Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam, “Saya bertanya apakah itu Al-Sam? Baginda menjawab, “Mati” (Sahih Bukhari 5687). Daripada Abu Huraira r.a., Nabi Muhammad (SAW) bersabda: “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali As-Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: “Apakah As-Saam itu?” Jawab Baginda (SAW) “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)
Perubatan Kenabian mempunyai dalil-dalil samawi dan naqli. Ia bukannya berasaskan kajian sains, namun ianya telah dapat dibuktikan secara saintifik bahawa kaedah perubatan kenabian ini lebih efektif dan berkesan dari kaedah yang sedia ada dalam setiap zaman.

Di dalam sebuah buku penelitian yang lain yang berjudul ‘Islam dan Masalah-Masalah Abad Dua Puluh’ yang ditulis oleh Abdul bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w. telah pun menyebutkan 400 hadis tentang perubatan.
Di dalam kamus al-Mu’jam al-Wasit disebutkan, sebahagian daripada nama-nama al-Habbah as-Sawda ialah al-Mubarakah dan as-Syuniz. Sejenis rumput, berwarna hitam dan bermusim tahunan, dan ia termasuk dalam jenis Nigelle dan Ranunculus. Al-Habbah as-Sawda’ tumbuh di Mesir dan negara-negara sekitar Laut Tengah dan India. Ia juga dikenali dengan nama ‘Bijiran Hitam’. Daun-daunnya kecil-kecil serta halus, bunganya berwarna biru, buahnya berbungkus, dan di dalamnya terdapat biji kecil berwarna hitam yang boleh dipergunakan sebagai ubat.
Dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w, sejak 1400 tahun lagi sudah menyatakan berkenaan dengan perubatan, khususnya mengenai al-Habbah as-Sawda. Antara hadis Baginda bermaksud : "Sesungguhnya, al-habbah al-Sawda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali as-Sam. "Aku bertanya : " Apakah as-Sam itu ?" Baginda menjawab : As-Sam ialah maut!" (Hadis riwayat Bukhari)
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda seperti berikut : Maksudnya : "Tetaplah dengan Habbah as-Sawda ini sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati". (Hadir riwayat Tarmizi)
Mengikut penemuan yang mutakhir, bahawa bijiran hitam dapat mengaktifkan sistem daya tahan tubuh dimana ianya dapat menambahkan kekuatan badan untuk melawan sebab-sebab datangnya penyakit dan sekaligus menghapuskannya, dan dengan mengambil minyak bijinya secara berterusan akan memelihara kita daripada penyakit.
Doktor Abu Ali Al-Husain bin Abdullah bin Sina atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Sina di dalam bukunya al-Qanun fi Al-Tibb berkata : "Sifat-sifat as-Sawda ialah pedas rasanya, kering, panas, boleh membuang kelenjar angin daripada tubuh, selain boleh membersihkan perut, mengubati jerawat, panau dan menyembuhkan bengkak-bengkak."
Banyak penyelidikan dan pengkajian telah dilakukan terhadap al-Habbah as-Sawda oleh berbagai universiti. Sebagai hasilnya mereka mendapati bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati penyakit sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Dr.al-Dakhokhini dan Dr.Mahfuzh, keduanya pensyarah Kuliah Perubatan di Universiti Iskandariyah, Mesir telah membuat kajian selama lima tahun dan mendapati ia sangat berkesan untuk mengubati penyakit lelah.
Antara penyakit yang boleh sembuh dengan mengambil minyak al-Habbah al-Sawda :
  • Mencergaskan ingatan dan cepat faham.
  • Sakit Lumpuh.
  • Menghancurkan batu karang.
  • Mengubati ampus dan sesak nafas.
  • Mengubat batuk dan asma.
  • Mengubat sendi dan lelah.
  • Mengubat penyakit kencing manis.
  • Mengubat penyakit buah pinggang dan pundi-pundi kencing.
  • Muntah dan mual.
  • Mengubat radang hati dan sempit urat darah.
  • Mengubat sakit kepala.
Jadi bagi orang yang mahu sentiasa sihat, hendaklah dia menjadikan minyak al-Habbah as-Sawda sebahagian daripada hidangan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam dengan cara mengambil sedikit minyak al-Habbah as-Sawda dengan sedikit madu, atau rebusan air daun pudina, atau dengan jus limau (orange juice) atau dengan segelas teh.
Mudah-mudahan dengan amalan yang berterusan itu badan akan sihat untuk meneruskan tugas harian dan beribadah kepada Allah s.w.t.
Sumber info: BidanKampung

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*