5 Jalanraya Paling Bahaya Di Dunia

1. “Jalan Kematian” di Bolivia (Bolivia’s “Road of Death”)

jalan paling bahayaJalan North Yungas adalah merupakan pemenang tempat pertama dalam kategori jalan yang paling berbahaya di dunia. bagi pengendara. Jika jalan-jalan lain boleh dianggap agak berbahaya untuk dilalui, jalan ini sudah pasti jelas amat berbahaya sekali kepada anda sebagai pengguna jalan raya. Ianya terletak di Banjaran Andes, 70 km dari La Paz untuk ke Coroico, dengan ketinggian yang boleh menjunam sedalam 3600 meter dari paras laut, penuh  dengan selekoh-selekoh  tajam dan sempit serta hampir 800 meter jurang yang menjunam ke bawah.
Satu kemalangan maut terjadi di situ setiap dua minggu dengan purata 100-200 pengguna yang mati  setiap tahun. Pada tahun 1995, Inter-American Development Bank menggelarkan jalan La Paz-ke-Coroico sebagai laluan “jalan paling berbahaya di dunia.”

Di sepanjang laluan tersebut terdapat banyak tanda peringatan kemalangan,  rangka trak dan lori yang hancur dan bersepai  jatuh di bahagian bawah gaung tersebut … (baca Artikel BBC)
jalan bahaya 4

Dengan banyak kenderaan yang melalui laluan tersebut seperti trak, lori, bas, van dan sebagainya ditambah pula dengan jalan yang kurang baik berserta pula kemunculan kabus menambah burukkan situasi jalan dan amat berbahaya kepada pengguna. Cuba anda lihat pada gambar-gambar yang dipaparkan di sini. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah apabila berlaku hujan torpika yang menyebabkan lumpur dan berlakunya tanah runtuh. Ini sudah pasti dapat menggambarkan Jalan La Paz-Coroico ini layak dinobatkan sebagai jalan no 1 berbahaya di dunia.

jalan bahaya 2

jalan bahaya 3


(images via MarkoP , some originals unknown) (foto melalui MarkoP, beberapa aslinya tidak diketahui)

2. Jalan Siberia ke Yakutsk di Rusia
Ianya merupakan jalanraya rasmi kerajaan persekutuan untuk ke Yakutsk, dan ia juga satu-satunya jalan untuk sampai ke sana. Oleh kerana tiada jalan alternatif lain, para pengguna jalanraya ini terpaksa mengharungi lopak dan lumpur dan kadang-kadang terpaksa menunggu selama seminggu dalam barisan kenderaan sepanjang 100km. Bahkan ada kes di mana ada ibu-ibu yang melahirkan anak sementara menunggu dalam barisan kenderaan untuk melalui jalan tersebut.

jalan bahaya 6

jalan bahaya 7

Ia juga boleh bertukar menjadi bencana kemanusiaan besar semasa musim hujan, ketika tanah liat yang biasa menutupi jalan bertukar menjadi lumpur yang tebal sehingga mampu menyebabkan lori dan trak terkandas. Sementara itu, kadang-kadang bekalan makanan dalam trak dan lori yang terkandas terpaksa diangkut menggunakan pengangkutan udara.


jalan bahaya 8

(kredit gambar: Pasik’s Journal)

Berikut ini merupakan foto pandangan udara di musim sejuk di jalan ini:

jalan bahaya 9 (foto via)

3. Jalan Pergunungan Sukhumi “Military” Russian-Georgian

Jalan Sukhumi “Tentera” di negara bekas Soviet, di Georgia, di pergunungan Caucasus, digunakan oleh banyak pemandu trak dan pemandu “Lada” yang sememangnya suka minum arak ketika memandu di sepanjang jalan yang sudah ditinggalkan ini. Berikut adalah gambar foto yang dihantar (foto oleh V. Krasnogolovy)jalan 10

4. Jalan Nepal, Tibet dan Bangladesh

Bagi sesiapa yang menuju ke Gunung Everest akan tahu apa yang dimaksudkan di sini. Jalan-jalan ini merupakan jalan pergunungan yang sangat sempit dan tidak diselenggara oleh pihak tertentu tetapi ianya digunakan oleh bas dan trak untuk semata-mata untuk ke desa-desa kecil yang terpencil di pergunungan tersebut. Antaranya ialah jalan dari Katmandu, Nepal ke Everest Base Camp, pada kaki pergunungan Everest:

jalan di nepal
(sumber aslinya tidak diketahui)

5. Jejak Pejalan Kaki Pelancong Yang Paling Berbahaya (Most Dangerous Tourist Hiking Trail) (di China)

jejak pejalan kaki

Bukan jalan untuk kenderaan, tetapi ianya merupakan jejak pejalan kaki yang paling merbahaya dan dahsyat sekali di dunia yang boleh anda tempuhi sendiri. Selamat datang kepada dunia “hiking” yang penuh dengan keadaan yang genting dan mendeba

rkan. Ianya merupakan satu kawasan yang padat dengan pelancong di Xian (Gunung Huasan), China.  Klik pada pautan ini untuk perincian tentang kawasan tersebut.

Jejak pejalan kaki ini sebenarnya diperbuat daripada “papan kayu yang tergantung” dan disediakan khas buat pelancong-palancong yang menggemari aktiviti lasak ini. “Jalan” ini disediakan tanpa sebarang bentuk perkakasan keselamatan diri. Cuba anda menjejaki setiap papan gantung tersebut dalam keadaan bersalji dan licin….cuba bayangkan..lebih baik tidak!

hiker's trails

dangerous1

jejak kayu





(foto via)

Dan sekiranya anda telah selesai mengikuti jejak kayu tersebut dengan penuh kegembiraan, berikut ini adalah tandas yang disediakan untuk anda (Ini benar! Jangan buat andaian lain ya!):

tandas

Nah! Itu antara 5 buah jalan yang paling berbahaya di dunia. Walaupun satu daripadanya bukan dikategorikan sebagai jalan, namun saya rasa ianya agak bersesuaian untuk dipaparkan di sini memandangkan ianya amat berbahaya kepada penggunanya.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “5 Jalanraya Paling Bahaya Di Dunia

  • 26/04/2010 at 12:17 am
    Permalink

    perggh… bahaya kalau ada dekat malaysia jalan macam nie..

    Reply
    • 28/04/2010 at 7:44 pm
      Permalink

      yg ada kat Malaysia yg boleh dikatakan x berapa bahaya pun, ramai yg mati setiap hari. x boleh imagine kalau ada jalanraya macam ni kat negara kita!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*