Fakta Menarik – Tahukah Anda?

Dimana Tempat paling sejuk di Dunia?

Suhu tersejuk pernah tercatat di Kutub Selatan lebih daripada 102 darjah Fahrenheit di bawah sifar. Itu sudah pasti teramat sejuk, tapi ianya bukan suhu tersejuk yang pernah tercatat di benua Antartika.

Pada tahun 1960, saintis Russia bekerja di sebuah pangkalan Antartika disebut Vostok, lebih daripada 750 batu dari Kutub Selatan, mencatat suhu hampir 127 darjah di bawah sifar!

Ini adalah suhu tersejuk yang pernah dicatat di mana-mana pun di muka planet ini.

Berapa Dalamkah Sesebuah Lautan dan Dimanakah Tempat Paling Dalam di Lautan?

Lautan Pasifik, lautan terbesar di dunia, hanya mencapai beberapa ratus kaki dalamnya pada beberapa tempat. Secara purata, kedalaman Lautan Pasifik adalah sekitar 14,000 kaki. Tapi ada pada satu tempat, ianya dua kali lebih kedalaman purata tersebut!

Jurang Mariana adalah jurang bawah tanah yang terletak beberapa ratus batu di barat daya Guam. It takes its name from the nearby Marianas Islands. Ini mengambil namanya sempena daripada Kepulauan Mariana berhampiran dengannya.  Ketika jurang ini pertama kali diukur oleh para saintis, ianya sedalam sekitar 35,700 kaki.

Tetapi kemudian eksperimen telah menunjukkan bahawa dasar Jurang Mariana sekurang-kurangnya 36,100 kaki di bawah paras lautan Pasifik, hampir tujuh batu dalam!

Item seberat satu pound dilepaskan turun ke dasar laut di Jurang Mariana akan mengambil masa lebih daripada satu jam untuk mencapai dasar!

Bahasa Apakah Yang Mempunyai Abjad Terpendek Sekali Di Dunia?
Bougainville adalah pulau terbesar di kepulauan Solomon, sekelompok pulau-pulau Pasifik Selatan Timur Utara Australia.

Beberapa penduduk asli pulau berkenaan menggunakan abjad hanya 11 huruf, abjad paling pendek di dunia.

Abjad ini meliputi lima huruf vokal yang sama seperti biasa iaitu abjad: a, e, i, o, dan ii. Tetapi hanya terdapat enam konsonan dalam abjad Bougainville iaitu: b, g, k, p, r, dan t.

Cuba fikirkan betapa mudahnya akan ejaan dengan abjad sebanyak 11 huruf!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Fakta Menarik – Tahukah Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*