1+1=Mekah – Holy Mysteries 2009

golden_ratio01Terpanggil untuk saya memasukkan entri ini di laman ini semata-mata mahu menghebahkan kepada satu penemuan misteri yang penuh dengan keajaiban. Semasa saya melayari internet, saya telah menjumpai satu filem yang bakal ditayangkan pada bulan September 2009 – Holy Mysteries.

Filem ini akan memaparkan keajaiban yang tidak pernah didedahkan sebelum ini. Pendedahan ini ingin membuktikan kekuasaan Allah SWT yang mencipta makhluknya dan bumi ini. Saya amat terkejut apabila melihat trailer filem ini. Semua eksperimen yang dijalankan terhadap Al-Quran, manusia dan bumi telah menemukan sesuatu yang unik, malah amat sukar untuk dipercayai di mana keajaiban secara matematik telah ditonjolkan oleh Allah SWT dalam penciptaan makhlukNya.

Cuba lihat trailer Holy Mysteries ini:

Filem ini mendedahkan bagaimana Nisbah Emas atau Golden Ratio (Phi)-huruf Greek yang digunapakai sejak berzaman oleh para saintis barat terutama dalam bidang senibina, senireka grafiks, bidang matematik dan fizik, sebenarnya telah lama disetkan atau ditetapkan oleh Allah SWT – cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya hubungkaitnya dengan kekuasaan Allah.

Apa itu Nisbah Emas (Golden Ratio atau Phi) ?

Sesiapa yang berada di dalam bidang matematik, fizik, bidang senibina mahupun bidang rekabentuk (design atau artscience), pasti mereka tahu akan istilah Sisi Emas atau bahasa inggerisnya GOLDEN SECTION. golden.ratioAsal perkataan adalah Nisbah Emas atau Golden Ratio atau pun Phi (?) yang mana bermaksud, sisi emas terwujud apabila 2 ratio yang wujud, yang tidak sama saiz, iaitu besar dan kecil, tetapi kedua-dua ratio atau kadar yang sama. Namun pada pra-abad ke 20, seorang scientist barat, Adolf Zeising telah mendapati, fenomena ini wujud kepada makhluk ciptaan ALLAH swt. Untuk mudah di fahamkan, konsep Golden section menyatakan bahawa setiap perkara/ benda itu punya sisi cantik di dalam sudut masing-masing, kerana setiap makhluk di cipta mengikut konsep Nisbah Emas. Atau lebih mudah lagi, ia bermaksud, setiap sesuatu itu ada sisi cantik mengikut cara atau sudut tertentu.

monalisaSatu kajian di lakukan untuk teori ini ke atas lukisan monalisa dan dari teori berjaya menunjukkan ada sisi yang dipandang sangat indah walau seburuk mana manusia lain memandangnya, dan begitu pula sebaliknya. Pasti ada yang menyukainya, tertarik kerana rupanya, ini kerana struktur wajah manusia mempunyai titik tumpu (Golden Section) masing-masing. Bermakna, semua kejadian itu punya kecantikan.

Maha suci ALLAH swt yang menjadikan sesuatu itu indah dengan kelebihan masing-masing. Menciptakan setiap manusia itu ada lemah dan ada kuatnya, ada yang cantik ada celanya, ada bawah dan ada di atas.

Konsep Golden Section dan kaitannya dengan gambar adalah kebolehan atau kebarangkalian untuk menarik pandangan manusia itu ada. Mungkin di atas suatu gambar, saya katakan ianya sangat buruk, tetapi pada kamu, anda semua atau orang lain pasti ada yang merasakannya cantik. Jadi biar bagaimana pun keadaan gambar tersebut, pasti ada orang yang menyukainya.

Sebab itulah ada perumpamaan barat yang sering di sebut;

‘Beautiful lies in the eyes of beholder’

Wallahu’alam.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*