Fakta Menarik Tentang Google

googleGOOGLE merupakan enjin carian yang paling popular di seluruh dunia pada masa kini. Reputasinya cukup ampuh malah mungkin meninggalkan pencabar-pencabarnya iaitu enjin carian lain dengan jarak yang begitu jauh berdasarkan keupayaan serta sokongan padu dari syarikat-syarikat gergasi yang lain.

Sebelum Google menjadi begitu popular seperti sekarang, terdapat beberapa fakta menarik yang mungkin anda sebagai pembaca tidak mengetahuinya. Untuk itu, marilah bersama-sama berkongsi fakta-fakta menarik tersebut.

1. Pengasas Google iaitu Sergey Brin dan Larry Page telah bertemu buat pertama kalinya dalam perhimpunan pelajar-pelajar PhD jurusan sains komputer di University Stanford, US pada tahun 1995. Pertemuan ini telah mencetuskan idea untuk membangunkan satu sistem enjin carian dan pembangunan pertama enjin tersebut bermula menerusi sistem yang dikenali sebagai BackRub. BackRub yang dibangunkan pada awal tahun 1996 telah mendapat perhatian ramai di kawasan kampus yang kemudiannya memberikan semangat kepada dua individu hebat ini untuk membangunkan sistem yang lebih canggih.

2. Dengan mendapat galakan kuat dari David Filo, pengasas Yahoo Inc yang juga palajar PhD di universiti yang sama, Sergey dan Larry telah berilitizam untuk menubuhkan sebuah syarikat pada tahun 1998 bagi memastikan pembangunan yang lebih terancang. Sebagai permulaan, bilik Larry di asrama universiti berkenaan telah dijadikan sebagai pusat data dengan menggunakan cakera terabait yang dibeli dengan harga yang murah manakala bilik Sergey pula dijadikan sebagai pejabat.

3. Sergey dan Larry telah menangguhkan pengajian mereka dan mula menjalankan operasi mereka untuk membangunkan Google dengan menggunakan dana yang dibiayai oleh keluarga dan rakan mereka. Pada bulan September 1998, akhirnya Google telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat dan memindahkan operasi mereka ke sebuah garaj kepunyaan rakan mereka di Menio Park, California. Tenaga kerja Google pada waktu itu adalah terdiri dari empat orang.

4. Nama Google ini diambil dari istilah matematik, Googol yang bermakna sejumlah nombor yang sangat besar. Istilah Googol ini telah diberi oleh Milton Sirotta anak saudara kepada pakar Matematik U.S yang terkenal iaitu Edward Kasner.

5. Enjin carian Google walaupun masih di peringkat beta mampu memproses pertanyaan sebanyak 10,000 pertanyaan dalam masa sehari. Apa yang menarik ialah, walaupun masih di peringkat beta, PC Magazine telah menyenaraikan Google ke dalam senarai Top 100 Web Sites and Search Engine bagi tahun 1998. Selain daripada PC Magazine, beberapa syarikat penerbitan terkenal seperti USA Today dan Le Monde turut memaparkan berita dan laporan tentang perkembangan Google yang sekaligus telah membuka mata banyak pihak.

6. Google mula memindahkan operasinya ke tempat yang lebih selesa iaitu di University Avenue, Palo Alto pada bulan Februari 1999. Tenaga kerjanya juga telah bertambah kepada lapan orang sementara enjin carian pada waktu itu mampu memproses 500, 000 pertanyaan sehari.

7. Enjin carian Google pada waktu itu beroperasi di atas pelayan yang menggunakan sistem operasi Linux. Pada tahun yang sama juga, Google telah mendapat dana dari dua syarikat modal teroka yang berjumlah USD 25 juta. Beberapa nama besar telah menjadi pelanggan Google dengan didahului oleh Red Hat – gergasi sistem operasi Linux, Virgilio – portal online Itali yang terkenal dan Virgin.net – penyedia perkhidmatan hiburan online dari UK.

8. Pada penghujung tahun tersebut, sekali lagi Google berpindah ke tempat baru iaitu di Mountain View, California dengan tenaga kerjanya juga telah bertambah iaitu seramai 39 orang. Pada ketika ini, enjin carian Google mampu memproses 3 juta pertanyaan dalam masa sehari.

9. Pada awal tahun 2000, Google mula mengintegrasikan enjin carian dengan teknologi wayarles khusus bag pengguna-pengguna peranti mudah alih seperti PDA dan telefon mudah alih. Google telah mendapat banyak pengiktirafan misalnya dari Smart Computing yang memilih Google sebagai 50 Hot Technologies dan majalah Time yang mengiktiraf Google sebagai salah satu Top Ten Best CyberTech.

10. Pada pertengahan 2000, Google mula membangunkan enjin carian dalam 10 versi bahasa yang berlainan. Pada masa yang sama juga Google menjadi enjin carian yang terbesar dalam dunia Internet yang mampu mengindeks 1000 juta URL dan memproses 18 juta pertanyaan dalam masa sehari!

11. Bagi tahun 2001, Google mula memperluaskan aktiviti perniagaan dengan membeli syarikat-syarikat yang berpotensi seperti Deja.com, mengadakan usahasama dengan syarikat gergasi seperti Handspring yang mengeluarkan PDA dan AT&T bagi menyediakan perkhidmatan AT&T Digital PocketNet serta mengembangkannya di negara-negara luar misalnya mengadakan enjin carian yang boleh dicapai oleh pengguna telefon mudah alih yang menggunakan prkhidmatan i-Mode di Jepun.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

3 thoughts on “Fakta Menarik Tentang Google

    • 18/03/2011 at 9:23 am
      Permalink

      Betul tu! Google share dalam serach engine utk 2010 adalah sekitar 72%. Infact traffic coming this site also about 90% from google.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*