2 Laman Web Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak

mingoville

Sebenarnya terdapat ratusan atau mungkin ribuan laman web di mana kanak-kanak boleh meluangkan masa untuk bermain sambil belajar secara online. Pada entri ini, saya akan memperkenalkan 2 laman web popular yang amat bersesuaian untuk anak anda atau kanak-kanak menghabiskan masa melalui pembelajaran.

2 laman web yang saya maksudkan ialah Mingoville.com dan KnowledgeAdventure.com. Kedua-dua laman web ini sarat dengan permainan pendidikan menarik merangkumi pelbagai subjek dan juga aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur kanak-kanak. Kedua-duanya adalah PERCUMA, namun di Mingoville.com, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum anda mendapat akses kepada aktiviti-aktiviti yang disediakan.

 

Mingoville.com

Sebuah laman web yang menarik di mana kanak-kanak boleh pelajari Bahasa Inggeris. Dengan tagline ” The World’s Most Comprehensive Online English Lessons for Kids for FREE!”, sudah pasti objektif utama laman ini ialah sebagai pusat pembelajaran Bahasa Inggeris terulung untuk kanak-kanak seluruh dunia. Banyak aktiviti berdasarkan “pelajaran Bahasa Inggeris” yang tersedia semata-mata untuk menarik minat kanak-kanak mempelajari Bahasa Inggeris. Anda juga boleh muat turun fail-fail latihan dan aktiviti dalam format PDF untuk digunakan secara offline. Cuba lihat sedutan video Youtube intro kepada Mingoville di bawah:

 

 

 

KnowledgeAdventure.com

Knowledge Adventure merupakan syarikat penerbit perisian berasaskan pembelajaran/edutainment kepada pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak pra-sekolah sehinggalah orang dewasa. Antara tajuk perisian-perisian popular terbitannya ialah “Siri Math Blaster”, “Siri Preschool dan Kindergarten” dan “Siri Jumpstart”.

laman web permainan pembelajaran online

Pada laman web KnowledgeAdventure.com, kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti online seperti Games (Permainan biasa dan juga yang berasaskan pembelajaran) dan juga ruangan download (muat turun) di mana anda boleh memuat turun “Perisian Yang Dibeli”.

Kanak-kanak juga boleh memilih untuk bermain game dengan memilih menu mengikut umur (age), tahap kelas, subjek pembelajaran dan beberapa pilihan lagi. Semoga bermanfaat!

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Related posts

*

*


7 + nine =

 

Top
PROMOSI TERHAD!!! Diskaun 20% utk setiap langganan iklan 3 bulan. SAH sehingga 15/04/14!!
Tempah Sekarang
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
bekam cara islam
Berbekam – Kaedah Perubatan Islam

Sepertimana yang kita ketahui, bahawa berbekam itu merupakan satu perubatan tradisional yang sudah lama diamalkan oleh sebahagian orang. Bekam tidak hanya berfungsi menyembuhkan, namun juga...

Close