Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

Belajar Menaip Secara Percuma!

menaip

menaip1 150x150 Belajar Menaip Secara Percuma!
menaip
Pada zaman sekarang, kemahiran untuk menaip adalah sesuatu yang boleh dikatakan wajib diketahui umum terutama para pelajar dan profesional. Namun demikian, disebabkan tidak ada kelas-kelas menaip secara formal yang pernah dianjurkan sepertimana beberapa dekad lalu (di mana menaip diajar dengan menggunakan mesin taip), kebanyakan kanak-kanak, pelajar-pelajar sekolah mahu pun pekerja-pekerja am sekarang menaip menggunakan komputer yang mana proses menaip berjalan sacara tidak formal di rumah atau pun pejabat tanpa teknik-teknik menaip yang betul. ?????? 18 ??

trans Belajar Menaip Secara Percuma!
Lagi...
Di sebabkan fenomena yang sedemikian, kebanyakan mereka gagal menaip dengan baik, tidak menggunakan kaedah menaip dengan betul menyebabkan cara mereka menaip walaupun agak laju tetapi kaedahnya tunggang langgang dan banyak kesilapan ejaan dan sebagainya dalam teks taipan mereka.

Sebenarnya, masih belum terlambat untuk mereka belajar menaip. Jikalau tidak ada pihak menyediakan kursus menaip secara formal, mereka masih boleh menaip dengan bantuan perisian komputer mahu pun belajar menaip secara online di internet. Teknologi zaman sekarang memudahkan segalanya. Hanya sedikit daya dan usaha serta komitmen yang dapat membantu kita menaip dengan lebih efisien.

Di sini ingin saya ketengahkan beberapa laman web di mana anda boleh belajar menaip secara online percuma. Begitu juga, berberapa perisian Belajar Menaip percuma yang boleh anda muat  turun dan pasangkan di dalam komputer anda. Walau pun kebanyakan khidmat dan perisian ini berbahasa Inggeris, namun konsepnya adalah mudah dan anda tidak perlu memahami Bahasa Inggeris secara total untku memahaminya. Memadai dengan memahami asas-asas arahan sahaja.

Jikalau anda berminat untuk belajar secara online, di sini saya senaraikan berberapa laman yang dikira agak baik dan menarik untuk belajar menaip secara percuma. Cuba anda layari laman-laman berkenaan dan cuba belajar sebaik mungkin. Antara laman-laman web tersebut adalah:

RapidTyping.com

rapidtyping 300x225 Belajar Menaip Secara Percuma!
rapidtyping

Laman ini menyediakan sistem pembelajaran menaip online yang menarik. Anda akan didedahkan dengan asas-asas menaip dengan betul melalui 2  modul utama iaitu Menaip Online dan Permainan Menaip Online. Ianya agak menarik, di mana belajar menaip dengan bermain game yang disediakan.

Anda juga boleh memuat turun perisian menaip RapidTyping mereka secara percuma untuk dipasang pada komputer anda. Saya cadangkan anda memuat turun perisian RapidTyping versi Portable kerana anda tidak perlu memasangnya ke dalam komputer anda. Memadai dengan hanya run/menjalankan program tersebut setelah anda muat turun ke dalam komputer anda.  Perisian RapidTyping didatangkan dengan pelbagai bahasa, namun Bahasa Melayu tidak ada. Walau bagaimanapun anda boleh memilih samada untuk menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia.

Sense-lang.org

sanse lang 300x259 Belajar Menaip Secara Percuma!
sanse-lang

Laman ini juga merupakan antara laman yang menarik untuk belajar menaip online. Kelebihan laman ini ialah anda anda boleh belajar menaip melalui pelbagai bahasa dengan menggunakan papan kekunci (keyboard) maya pelbagai bahasa juga. Contohnya; anda boleh belajar menaip dalam Bahasa Arab di mana papan kekunci (keyboard) maya akan bertukar kepada yang berbahasa Arab setelah anda memilihnya. Terdapat 19 bahasa semuanya termasuk bahasa Greek,  Jerman, Turki dan lain-lain lagi.

PowerTyping.com

powertyping 300x178 Belajar Menaip Secara Percuma!
powertyping

Laman web ini juga secara dasarnya menyediakan pembelajaran menaip secara online sama seperti laman-laman web di atas. Ianya mempunyai modul belajar menaip menggunakan keyboard “QWERTY” dan “DVORAK” di mana kebanyakan keyboard sekarang adalah jenis “QWERTY”.  Terdapat juga 5 jenis permainanan untuk memahirkan diri anda menggunakan keyboard – seperti Alpha Rain dan See – don’t . Cubalah modul-modul tersebut untuk memahirkan diri menaip.

 

TypingWeb.com

typingweb1 Belajar Menaip Secara Percuma!
typingweb1

Laman ini merupakan laman web terbaik untuk belajar menaip. Anda boleh terus belajar menaip dengan memilih maip tanpa mendaftarkan diri anda di laman tersebut tetapi anda digalakkan mendaftar dan me-log masuk untuk tujuan menyimpan maklumat pembelajaran anda. Kandungan kursus bermula daripada asas sehingga peringkat advanced (lebih tinggi).

Terdapat banyak lagi laman-laman web di mana anda boleh belajar menaip seperti laman AlfaTyping , Learn2Type, keybr.com, GoodTypig.com tetapi bagi saya memadailah dengan 5 laman web ini. Tetapi jika anda berminat untuk mencuba laman-laman yang lain, anda boleh bertanya kepada Uncle Goolge dengan menaip teks “free typing lesson online” atau “free typing tutor“.

Seterusnya, saya ingin berkongsi menyenaraikan Perisian Menaip atau Typing Tutor percuma yang terdapat di pasaran. Antara perisian yang telah saya cuba ialah:

RapidTyping – seperti yang ceritakan pada teks di atas. Pada pendapat saya RapidTyping lebih bersesuaian digunakan oleh sesiapa yang telah agak pandai menaip. Ianya tidak digalakkan untuk orang baru mahu belajar menaip. Anda boleh memuat turn RapidTyping Tutor pada link ini. Untuk sesiapa yang baru ingin belajar menaip, saya cadangkan anda rujuk kepada Kiran’s Typing Tutor di bawah.

Stamina Typing Tutor

stamina1 300x178 Belajar Menaip Secara Percuma!
stamina

Perisian ini agak unik dan kelakar kerana ia menampilkan pelbagai suara seperti suara Terminator dan sebagainya bila anda membuat silap ketika menaip.  Anda boleh memuat turn software ini pada link ini dan mencubanya sendiri.

Kiran’s Typing Tutor

kiran 300x180 Belajar Menaip Secara Percuma!
kiran

Kiran’s Typing Tutor merupakan program yang menarik dan amat sesuai untuk sesiapa yang baru ingin belajar menaip seperti kanak-kanak sekolah. Ianya amat senang digunakan dan penuh dengan skrin grafiks yang menarik. Anda dapat belajar menaip bermula daripada peringkat asas lagi, malah anda juga dicerita dengan sejarah mesen taip. Anda boleh mencubanya dengan memuat turun pada link ini.

Di samping program-program di atas, ada satu lagi permainan onlin yang dapat meahirkan diri anda menaip. Anda boleh layari laman web ini http://www.onlinebestgames.com/full-334-Qwerty-2.html untuk mencubanya. Saya harap artikel ini dapat membantu sesiapa yang berminat untuk belajar menaip. Pastikan anda berjaya menguasai keyboard komputer anda sepenuhnya kerana ianya dapat membantu anda di masa akan datang dalam pelbagai aspek.

Related posts

Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

2 Comments

  1. maher said:

    terima kasih infonya..yup, sy pun belajar menaip guna perisian menaip di atas, tapi saya juga guna rujukan tutorial ebook Kit Menaip Pantas di http://www.kursusmenaip.com

    dan alhamdulillah, skrng dah menaip guna 10 jari n x payah tngk keyboard sangat.

    satu je tipnya, memang kena rajin buat latihan menaip.practice makes perfect!
    x rugi pun kita belajar, dpt apply time online,buat assignment n time nak kerja nanti..

    • tokjogho said:

      tul tu maher. Practice makes perfect tapi kalau practise x guna kaedah atau cara yang betul, walaupun pd akhirnya tu cepat jugak tp x sistematik dan secepat cara yg sebenar belajar

*

*


9 − = five

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Ganjaran Seorang Isteri Di Sisi Allah

Alangkah indahnya seorang isteri.. Beruntunglah seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia.. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti...

Close