Widget Pilihan Untuk Blog Anda

alhabib.jpg

alhabib 150x99 Widget Pilihan Untuk Blog AndaAnda memblog menggunakan Blogger di internet? Atau menggunakan servis blog WordPress.com? Untuk sesiapa yang masih tidak tahu apa itu Blogger atau WordPress.com, mereka merupakan sejenis perkhidmatan membina blog secara online yang boleh digunakan secara PERCUMA oleh pengendali perisian membina blog tersebut.

Blogger merublogger 300x102 Widget Pilihan Untuk Blog Andapakan akaun blog yang berpengkalan di Blogspot.com iaitu suatu servis yang dikelolakan oleh syarikat Google – enjin pencari tersohor di dunia manakala WordPress.com merupakan perkhidmatan blog yang dikendalikan oleh syarikat perisian blog tersohor WordPress. Sesiapa yang biasa menggunakan persisian WordPress sebagai aplikasi membuat blog, sudah tentu akan tahu hadirnya WordPress.com dalam dunia blog ini.

Tahukah anda bahawa anda boleh menambah pelbagai widgets untuk akaun Blogger anda? Ianya secara tak lansung akan menambah fungsi pada blog anda dan ini boleh menarik ramai lagi pengunjung blog mengunjungi blog anda.

Apa itu Widget?

Apa itu Widget? Mengkut definisi Wikipedia, dalam istilah internet merupakan “kod mudah alih ( biasanya dalam skrip atau bahasa DHTML, JavaScript atau Adobe Flash ) yang dipasang ( diinstall, atau dimsukkan secara copy-paste) pada suatu halaman web, yang memiliki suatu fungsi tertentu dan menjadi suatu bahagian dalam halaman web tersebut.” Antara istilah lain yang digunakan untuk widget ialah: gadget, badge, module, webjit, capsule, snippet, mini, flake, application, dll.

Widget biasanya dijalankan pada Server Pengendali servis widget tersebut tanpa memerlukan server anda sendiri. Anda sebagai pengguna hanya perlu memasukkan kod widget tersebut (samada skrip DHTML, JavaScript dan Flash) pada laman (page) atau sidebar (samada pada bar kiri/bar kanan) blog anda. Hasilnya (output) akan terpapar pada lokasi/posisi di mana anda letak kod skrip tersebut. Misalnya; pada sebelah bar kiri blog anda (left sidebar). Cuba lihat contoh widget Statistik Pengunjung dan Widget Takwim yang saya pasang pada bar kiri dan widget Waktu Solat dan widget Petikan ayat Al-Quran pada sebelah bar kanan laman PanduanPercuma.info ini.

Pada entri ini saya ingin kemukakan beberapa widget pilihan yang boleh dikategorikan antara yang terbaik untuk menambah fungsi di blog Blogger anda. Senarai di bawah tidak mengikut susunan tertentu dan ianya hanya senarai widget semata-mata tanpa memilh yang mana satu lebih baik daripada yang lainnya.

Widget Yang Perlu Ada Pada Blog Anda

A) Widget Takwin

iluvislam Widget Pilihan Untuk Blog AndaWidget Takwim ini amat bersesuaian jika anda ingin menunjukkan Tarikh/Hari pada Blog anda. Widget yang saya pilih ialah widget Kelandar Islam daripada http://gadgets.iluvislam.com/.

alhabib Widget Pilihan Untuk Blog AndaAnda juga boleh mendapatkan widget berbentuk Takwim Islam daripada laman web http://www.alhabib.info/ Banyak widget berbentuk Islami boleh anda dapati daripada laman Al-Habib ini. Klik pada gambar Al-Habib untuk mendapatkan widget.

B) Widget Statistik Pengunjung

Widget ini adalah penting untuk mengetahui jumlah pengunjung yang melawati blog anda. Di samping itu ada juga widget yang berfungsi memaparkan asal trafik yang hadir ke blog anda. Anda boleh mendapat widget tersebut pada laman web berikut:

1) http://www.widgeo.net/ – pelbagai jenis widget untuk statistik kehadiran pengunjung ke blog anda. Anda juga boleh mengubah suai widget tersebut mengikut format dan warna yang anda sukai.widgeo 1 Widget Pilihan Untuk Blog Anda

2) http://feedjit.com/ – anda perlu berdaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan widget trafik ini.

feedjit Widget Pilihan Untuk Blog Anda

3) Histats.com Counter

Hitstats.com mempunyai widget menetukan hits pengunjung ke blog anda. Pelbagai jenis dan bentuk statistik pengunjung yang menarik boleh dipilih untuk blog anda. Anda boleh melayari laman http://www.histats.com untuk menggunakan widget mereka.Ada lebih daripada 500 jenis format statistik untuk blog anda.

histats 1 Widget Pilihan Untuk Blog Anda

Ini adalah antara contoh-contoh stat pengunjung yang boleh anda guna dariapda widget Histats.com – menarik dengan pelbagai jenis grafiks yang boleh menarik pengunjung je blog anda. Anda boleh memilih daripada yang amat simpel kepada yang lebih terperinci statistiknya.

4) GeoVisite.com

GeoVisite.com juga mempunyai widget pengunjung mengikut georafi. Widgetnya amat menarik dan ia memaparkan jumlah pengunjung dari negara-negara di dunia dengan memaparkan bendera negara berkenaan.

C) Widget Clock (Jam)

Widget jam amat berguna untuk memaparkan jam pada blog anda. Anda juga boleh menggunakan widget untuk menetapkan Countdown kepada tarikh tertentu; contohnya tarikh Tahun baru, tarikh Hari Lahir, Bermulanya Ramadhan, tarikh Perperiksaan dsb. Antara pengendali widget jam yang menarik ialah:

1) Widgetbox.com

Widgetbox menyediakan pelbagai jenis widget seperti widget untuk games (permainan), widget cuaca, widget berita, widget kalendar dan lain-lain lagi termasuklah widget jam. jam 2 Widget Pilihan Untuk Blog Anda

jam1 2 Widget Pilihan Untuk Blog Anda

Widget jam datang dalam dalam format samada digital atau pun analog. Pilih jenis jam yang anda minati dan salin skrip yang disediakan untuk blog anda.

getwidget Widget Pilihan Untuk Blog Anda

(C) Twitter Widget

Anda boleh memaparkan apa yang berlaku pada twitter anda dengan memasang twitter widget pada blog anda. Skrin twitter akan dipapar pada sidebar blog anda dan anda akan dapat turut serta bertwit bersama rakan twitter anda secara lansung daripada blog anda. Ada beberapa widget twitter untuk blog anda iaitu TwitterWidget, Twitter Counter – untuk memaparkan jumlah pengikut twitter anda, Twitter Tag – untuk memaparkan topik yang hangat dibincang dalam twitter dan juga Tweetburn.

(D) Shout Widget/Chat Widget

Shout Widget adalah widget untuk anda memasang kotak berborak pada blog anda. Dengan adanya Shout widget ini anda akan dapat secara lansung berberborak atau berchatting dengan pengunjung. Anda boleh dapati Shout/Caht Widget ini di http://www.shoutmix.com/ atau http://www.cbox.ws/. Lain-lain widget yang sama boleh di dapati di http://www.shout-box.com/, http://www.myshoutbox.com/ dan juga http://www.sbox.ws/

Skrin di bawah adalah contoh Chatbox.

cboxwidget Widget Pilihan Untuk Blog Anda (5) Lain-lain Widget Bersesuaian

Sebenarnya agak banyak widget yang anda boleh gunakan untuk menambah impak blog anda. Penggunaan widget adalah bergantung kepada kehendak anda dan apa yang anda rasa perlu untuk diletakkan pada blog anda. Antara widget lain yang menarik untuk disertakan dalam blog anda ialah:

a) waktusolat.net – widget waktu sembahyang untuk maklumat pengunjung. Sebagai contoh, saya meletakkan widget Waktu sembahyang daripada http://waktusolat.net di sebelah kanan laman web saya.

b) widget RSS – widget ini amat sesuai jika anda ingin mendapat suapan atau sedutan pelbagai jenis info seperti artikel, berita, video dan sebagainya untuk dipaparkan di blog anda. Pengunjung berpeluang mendapat berita terkini, berita sukan, keadaan pasaran saham, video dan seumpamanya. bh kategorisuapan Widget Pilihan Untuk Blog AndaSebagai contoh pada laman web PanduanPercuma.info ini, saya memasukkan suapan berita terkini dalam dan luar negeri daripada Berita Harian. Anda juga boleh memetik suapan daripada tempat-tempat lain yang menyediakan perkhidmatan suapan tempatan (RSS) seperti Utusan Malaysia, The Star, MOnline, HarakahDaily atau pun antarabangsa seperti CNN, Reuters, Yahoo News, dsb.

Widget RSS boleh di dapati daripada WidgetBox, ScrollBox, WidgetsforFree, Widgets-blogs, Spring-Widgets, YourMinis.com dan lain-lain lagi. Untuk mencari widget untuk blog anda, anda boleh menggunakan Google dengan mencari teks “widgets for blogs”. Anda akan mendapati banyak laman web yang memberi perkhidmatan widget untuk blog ini.

reutersrss 1 Widget Pilihan Untuk Blog Anda

Contoh: RSS untuk Reuters.

Pelbagai kategori suapan boleh dipetik untuk dimuatkan pada blog anda. Anda hanya perlu mendapat link atau url suapan RSS tersebut.

Widget terakhir dalam senarai saya ialah widget Shoutcast Radio. Menggunakan widget ini, anda boleh memasukkan siaran lansung stesen Radio dari seluruh dunia. Anda hanya mencari radio apakahh yang perlu. Sebagai contohnya, jika anda ingin masukkan siaran radio berbentuk islamik, anda hanya perlu menaip teks “islam” atau “nasyid” atau “quran” dan seumpamanya dalam widget tersebut. Contoh skrin widget shoutcast adalah seperti di bawah:

widget shoutcast radio 226x300 Widget Pilihan Untuk Blog Anda shoutcast2 226x300 Widget Pilihan Untuk Blog Anda

SELAMAT MENCUBA!!

Tags ,

9 Comments

  1. Daeng Selili said:

    seronok baca..thank bro~!!!
    daengselili.blogspot.com

*

*


six − = 1

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
karpal singh maut kemalangan
Karpal Singh Maut Kemalangan

IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya (PA) maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di...

Close