10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

kidsplay

kidsplay 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC AndaKebanyakan permainan atau game yang komersil amat menarik untuk dimainkan disebabkan grafiks dan unsur-unsur bunyi yang mengkagumkan. Namun untuk membeli game komersil ini, kosnya amat mahal (kecualilah ehem…ehem..). Di sebalik begitu banyak permainan komersil PC yang terdapat di dunia sekarang, ada juga pihak yang tidak serik menghasilkan freeware untuk kegunaan awam seperti kita semua yang tidak mampu untuk membeli yang tulen.

Di sini saya senaraikan 10 game freeware terbaik (pada pendapat saya) untuk dimuat turun dan dimainkan dalam PC anda. 10 game freeware tesebut adalah:

1. Tantra

Ini adalah game bercirikan online role-playing yang sebelumnya merupakan game komersial tetapi Tantra sekarang diberikan percuma untuk semua orang oleh penerbitnya. Dengan paparan grafiks yang cantik dan kesan suara dan bunyi yang mengkagumkan, anda tidak akan rugi memuat turn game ini. Berjuanglah untk kemuliaan, anda adalah pahlawan sejati yang tidak takut ke medan pertempuran.

game tantra 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Ianya amat sesuai dan merupakan alternatif kepada peminat-peminat World of Warcraft. Anda boleh memuat turun game ini di sini. Saiz: 459MB

2. Track Mania – Nations Forever

Game ini merupakan game simulasi perlumbaan kereta yang boleh dimainkan secara solo atau beramai-ramai (multiplayer) secara online atau network. Merupakan game yang amat popular dengan jumlah download melebihi 30 juta seluruh dunia. Sebagai pemain solo, anda boleh menguji kebolehan memandu anda dengan lebih daripada 65 trek perlumbaan yang mencabar. Manakala sebagai pemain multiplayer, anda boleh bermain secara beramai-ramai secara atas talian dengan pemain-pemain lain dari seluruh dunia. Di samping anda mengharunig perlumbaan, anda juga boleh mereka sendiri bentuk trek anda sendiri.

trackmania 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Dapatkan game Track Mania di sini. Saiz: 503.9MB

3. Grand Theft Auto 2

GTA 2 adalah permainan penuh aksi yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1999 tetapi sejak tahun 2006 pennerbitnya telah menawarkannya secara percuma untuk didownload. Figura orang dan kenderaan menggunakan format 2D dan perlu menavigasi semi-bangunan dalam persekitaran 3D. Dalam mod Solo anda bermain sebagai gangster yang harus melaksanakan pelbagai tugas untuk memperoleh mata, tapi dalam mod LAN (rangkaian multiplayer) anda boleh bermain bersama-sama sehingga 6 pemain.

gta2 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Anda boleh memuat turn game GTA2 ini di sini.

4. Hurricane

Hurrican merupakan sebuah game arcade, melompat-n-tembak, merupakan game yang dibuat semula berasaskan Turrican. Seperti versi tahun 1990 anda perlu mengharungi 18 tahap merbahaya penuh dengan musuh yang agresif.

Penjahat Bossmen sentiasa ada dan mengintai peluang untuk menghapuskan anda namun dengan bantuan senjata yang sentiasa boleh diupgrade kepada kekuatan yang lebih besar, anda pasti dapat mengalahkannya. Game ini mempunyai 3 tahap kesukaran. Kawalan boleh dilakukan dengan keyboard, joystick, atau Gamepad.

hurricane 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Anda boleh mendownload game ini di sini. Saiz 38.7MB

5. Eternal Silence

Merupakan game First Person Shooter seperti game Half Life. Dalam Eternal Silence anda harus memilih satu antara dua kehidupan- iaitu: 1. Anda menjadi perajurit untuk menyusup masuk ke dalam kapal perang yang penuh dengan musuh atau 2. anda mimilih untuk menghadapi peperangan besar dengan memasuki kapal perang besar dan berperang di ruang angkasa. Permainan ini amat sesuai kepada sesiapa yang meminati game bercorak sci-fi dan FPS.

Eternal Silence 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Anda boleh memuat turun permainan ini di sini. Saiz 296.9MB

6. Flipside

Flipside merupakan game bercirikan sidescrolling. Cara bermain game ini amat memerlukan kebijaksanaan anda untuk melompat dan lari. Dengan ciri-ciri grafiks yang begitu cantik dan jalan cerita yang menarik anda tidak mengjangkakan keunikan game ini. Anda harus mencuba terlebih dahulu keran pada saya ianya amat unik sekali untuk dimainkan.

Flipside 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Anda boleh mencubanya dengan mendownloadnya di sini. Saiz 136.8MB

7. Blocksumblogsome 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Blocksum adalah permainan yang baru dan inovatif yang melibatkan blok permainan nombor puzzler. Anda dikehenddaki menyelesaikan masalah matematik yang mudah bagi menjaga blok-blok nombor daripada menokok terlalu tinggi. Permainan ini amat sesuai untuk mengasah minda kanak-kanak. Donwload Blocksome di sini. Saiz: 32.1MB

8. Command and Conquer Gold: Tiberium War

Salah satu tajuk inti dari genre strategi real time, yang permainan Command & Conquer daripada biasanya memerlukan Pemain pertama membina asas dan kemudian memperoleh sumber daya, dalam rangka untuk membiayai pengeluaran berterusan daripada pelbagai jenis angkatan bersenjata untuk menyerang dan menakluk pangkalan pihak lawan dengan.

Tiberium, permainan satu-satunya sumber (kecuali untuk peti wang yang kadang-kadang), yang diakuisisi oleh khas “pemanen” unit yang membawa kargo ke “kilang” struktur dan yang pada gilirannya akan menukar kristal menjadi sumber daya yang berguna, yang dinyatakan sebagai kredit. The Tiberium itu sendiri memerlukan ruangan simpanan dalam bentuk “kilang” dan, dalam kes kelebihan, “lumbung” struktur.

Command and Conquer 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Anda boleh mendownload game ini di sini. Ianya disediakan dalam bentuk torrent sahaja. Saiz: 21.5MB

9. WarZone 2100warzone2100 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Game ini sebenarnya merupakan game komersil tetapi telah ditukar menjadi game berasaskan “open source” dan telah diperbaiki kualitinya. Tujuan utama permainan ini adalah sama iaitu untuk membina sebuah pangkalan perang dan memusnahkan semua pesaing. Anda juga boleh membina sendiri kenderaan perang.

Boleh bermain secara solo dan multiplayer. Anda akan mendapatkan sekuen video untuk Warzone 2100 di dalam fail berasingan di laman web penerbit. Anda boleh download game ini di sini. Saiz: 47.6MB

10. Sam and Max: Season 2

Game ini merupakan game yang pernah muncul pada pertengahan tahun 90an di mana Sam(anjing) dan Max (arnab) muncul pada PC buat pertama kalinya. Sekarang kedua detektif kembali beraksi. Dengan keluaran Sam & Max: Season 2, petualangan keempat daripada musim pertama kini ditawarkan untuk download percuma.

samax 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Anda boleh download game ini di sini dan mencubanya. Saiz: 82.3MB

Nah! Itulah senarai permainan atau game yang percuma yang boleh anda muat turun ke PC anda. Harap-harap ianya dapat memenuhi kehendak ramai. Selamat mendownload semua. Saya cadangkan anda menggunakan Download Accelerator bila mendownload supaya apabila download anda terputus, anda boleh menyambung semula dari tempat yang terputus tadi. Saya cadangkan freeware Download Manager seperti yang terdapat dalam artikel 15 Freeware 2009 Terbaik.

CARA DOWNLOAD GAME DARIPADA LAMAN WEB DI ATAS

Berikut adalah contoh skrin bagaimana nak download game daripada laman web di atas.

opsyen download 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

download 10 Permainan Freeware Terbaik Untuk PC Anda

Related posts

*

*


− 1 = three

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro