Al-Quran Dalam Microsoft Word

quran in word 2

quran in word 2 150x150 Al Quran Dalam Microsoft WordKadang-kadang ada sesetengah pelajar mahu pun pendidik terpaksa bertungkus lumus mengimbas ayat-ayat al-Quran (menggunakan scanner) atau capture screen ayat-ayat al-Quran daripada software Quran semata-mata kerana ingin memasukkan ayat tersebut ke dalam satu-satu artikel atau kertas kerja. Ianya mungkin agak memakan masa dan membebankan untuk kita untuk melakukannya. Tahukah anda bagaimana hendak sisipkan ayat-ayat Al-Quran di dalam dokumen anda terutama dalam program Microsoft Word dengan mudah?

Jika anda belum berjumpa dengan perisian sedemikian, anda akan pasti bersyukur kerana software ini sememangnya meyenangkan anda memetik ayat-ayat A-Quran dengan mudah untuk disisipkan dalam dokumen anda. Program bernama Quran in Word diklasifikasikan sebagai Plugin untuk Microsoft Word ini didatangkan dalam pelbagai bahasa terjemahan termasuk dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Indonesia dan lain-lain lagi. Ianya diprogram oleh Saudara Mohamad Taufiq, dari Depok, Indonesia.

Langkah˛nya mudah sahaja… Anda hanya perlu muat turun fail Quran IN Word tersebut dan terus membuat instalasi dengan 2x klik failnya. Siap.. program tersebut telah dipasang dalam Microsoft Word anda. Setelah itu, anda bukalah Microsoft Word dan lihat tab di hujung sekali (bagi pengguna Microsoft Word 2007)… Untuk pengguna Microsoft Word 2003, kedudukan menu untuk aplikasi tersebut agak berbeza kerana ia diletakkan pada menu akhir (drop-down menu)… Setelah itu, anda tekan tab Get Arabic+Translation untuk mendapatkan ayat˛ suci Al-Quran dan pengertiannya sekali… Turuti rajah di bawah untuk lebih lanjut dan aplikasikannya sendiri…

quran1 380x94 Al Quran Dalam Microsoft Word

Quran dlm Word 2007

quran3 Al Quran Dalam Microsoft Word

Pilih Surah & Ayat disusuli dengan terjemahnya sekali

quran2 Al Quran Dalam Microsoft Word

Ayat Al-Quran dan Terjemahannya

 Al Quran Dalam Microsoft Word

Quran dalam Word 2003

Anda boleh melawat laman ini http://www.myquran.org/msword/ untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh memuat turun software tersebut di laman berkenaan. Pilih versi Bahasa Melayu (Malay Translation Inculded)
untuk dimuat turun. Anda juga boleh memuat turun terjemahan tambahan seperti terjemahan Bahasa Inggeris (Yusuf Ali) untuk diguna pakai secara serentak dengan versi Bahasa Melayu. Jika anda memuat turun bahasa lain secara berasingan, anda perlu mengekstrak  fail terjemahan tersebut ke dalam folder program files\quran_in_word\.

Untuk versi Bahasa Melayu (Quran in Word + Terjemahan B. Melayu), anda boleh memuat turunnya di sini. Anda boleh memuat turun fail terjemahan untuk setiap bahasa seperti di bawah:

English (Yusuf Ali) ( 311 Kb)
Indonesia ( 365 Kb )
Malay ( 358 Kb)
German ( 306 Kb)
Bosnia ( 288 Kb)
English Muhsin Khan ( 342 Kb)
Spanish ( 268 Kb)
French ( 312 Kb)
Albania ( 341 Kb)
Russian ( 314 Kb)
Farsi ( 354 Kb)

InsyaAllah anda akan mendapati Al-Quran in Microsoft Word ini amat berguna.

Related posts

6 Comments

  1. lin said:

    assalamualaikum.
    saya nak tanya. macamana nak tukarkan format pdf dlm tulisan jawi ke word. saya dah cuba convert secara online malangnya isi kandungannya mnjadi kacau bilau dan separuhnya hilang.

  2. Azeri said:

    As salam ;

    Terima kasih kerana kongsi link download ini. Saya tak sangka ada interaktif seperti ini ada sebenarnya. Lemah betul saya. Bagaimanapun terima kasih sekali lagi kepada admin PanduanPercuma.info ini.

    Saya dah download…Alhamdulillah.

  3. ida said:

    saya ingin bertanya… dalam microsoft word 2007, bagaimana kita nak buat dokumen yang kita buat tidak boleh dicopy.. cuma dapat buka sahaja… sama laman web yang anda ini… just baca, x leh copy…

    tq…

  4. tokjogho said:

    setakat ni, tak ada lagi plugin Al-Quran yg tj jumpa utk xinha editor. tak tahulah kalau ada! DAh cuba uncle google? KAlau dah, berkemungkinan besar ianya tak ada.
    Wallahua’lam!

  5. shariffudin mohamad said:

    Saya memerlukan plugin Al-Quran ini untuk dimasukan ke dalam ” Xinha Editor ” (Web Based Editor).
    Saya sedang berusaha untuk berhubung dengan saudara Mohamad Taufiq tetapi masih lagi gagal.
    Jika ada sesiapa yang boleh memberi bantuan, minta jasa baik mereka yang berkenaan untuk menghubungi saya di [email protected] atau mobile +60122162302.
    Wassalam.

*

*


six − = 2

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
coklatputih.jpg
Manfaat Coklat Kepada Kesihatan

Coklat dengan kandungan kakao atau koko (biji coklat) yang lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan...

Close