Cara Mudah Untuk Membuang Warning XP Not Genuine

windows skrin wga thumb

windows skrin wga thumbPernahkah anda mengalami masalah warna latar pada desktop Windows anda menjadi hitam dan anda dipaparkan dengan satu skrin “This copy of Windows is not genuine” seperti di bawah:

windows skrin wga

Ini sebenarnya cara Microsoft membendung kegiatan cetak rompak perisian Windows dengan mewujudkan apa yang dilabel sebagai “Genuine Software Validation”. Ramai pengguna Windows secara “TIDAH SAH” seluruh dunia mendapat apa yang boleh disifatkan sebagai “WARNING” syarikat gergasi tersebut supaya menggunakan perisian yang asli dengan membelinya secara sah di pasaran.

Ada juga di kalangan pengguna yang agak mahir mengambil jalan ringkas dengan menformat semula PC mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun ia akan muncul semula sekiranya anda “MENGAKTIFKAN” opsyen Automatic Windows Updates pada Windows XP anda. Sekiranya anda belum lagi masalah ini, anda disarankan terlebih dahulu buangkan opsyen pada Automatic Windows Updates di Windows anda. Bagi sesiapa yang menghadapi masalah ini, cubalah tips berikut sebelum anda mengambil keputusan untuk format semula PC anda.

Masalah WGA ini tersebar disebabkan oleh :

  • Apabila anda mengaktifkan Automatic Upadates
  • Software tersebut akan dipasang secara automatik kedalam sistem komputer anda
  • Arahan yang dikeluarkan oleh software tersebut akan menyahaktifkan(disable) background anda dan beberapa fungsi penting (key features) lain..

Cara Mengatasinya

1. Buka Windows Task Manager.

2. Matikan (end) wgatray.exe process in Task Manager.

3. Restart Windows XP dalam Safe Mode (tekan F8 semasa PC nak bootup).

4. Padam/Delete WgaTray.exe dari folder c:’Windows’System32.

5. Padam/Delete WgaTray.exe dari folder c:’Windows’System32’dllcache.

6. Buka RegEdit. (dengan menaip regedit pada opsyen Run..)

7. Cari (browse) lokasi ini:-

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft’Windows NT’CurrentVersion\Winlogon\Notify

8. Delete folder ‘WgaLogon’ dan kesemua isinya.

9. Reboot Windows XP.

Diharap artikel ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah “Windows Not Genuine” anda. Sekiranya anda mampu dari segi kewangan, belilah software yang asli dan JANGAN SEKALI-KALI MENGGUNAKAN software TIDAK SAH!

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

5 Comments

  1. awg said:

    salam saya mau tya ttg masalah laptop.dlm icon recycle bin ade 3 file tersembunyi tp 0kb.bila sya delete x bole.dia kuar file cannot delete.mcmn nk selesaikn masalah ni.tq

  2. teruhaka said:

    suka sgt article nie..maklum jelah x mampu nak bli yg ori..hehe..

*

*


9 − seven =

 

Top
PROMOSI TERHAD!!! Diskaun 20% utk setiap langganan iklan 3 bulan. SAH sehingga 15/04/14!!
Tempah Sekarang
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
tips jaga rambut dan muka
Tips Jaga Kesihatan Kepala dan Kecantikan Rambut

Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan...

Close