Jenis-jenis Virus dan Cara Ia Berjangkit

virus_komputer

virus komputer 150x132 Jenis jenis Virus dan Cara Ia BerjangkitVirus komputer merupakan program komputer yang dapat menggandakan atau menyalin dirinya sendiri dan menyebar dengan cara menyisipkan salinan dirinya ke dalam program atau dokumen lain. Virus komputer dapat dianalogikan dengan virus biologi pada manusia di mana ianya tersebar dengan cara menyisipkan dirinya sendiri ke sel makhluk hidup. Virus komputer dapat merosak ( misalnya : dengan merusak data pada dokumen ), membuat pengguna komputer merasa terganggu, mahupun tidak menimbulkan efek sama sekali. Virus memiliki berbagai jenis dan mempunyai cara kerja yang berbeza-beza. Kepelbagaian jenis dan cara ianya bekerja atau berfungsi boleh dikategorikan berdasarkan cara jangkitan berikut:

1. Virus Fail

Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menginfeksi fail aplikasi (iaitu fail .exe) atau dokumen yang ada dalam komputer anda.
Saat aplikasi yang terinfeksi tersebut dijalankan, maka virus ini akan menyebar dengan cara menginfeksi semua fail atau dokumen yang diakses oleh aplikasi tersebut.

2. Virus Boot Sector
Virus ini bertindak dengan menginfeksi bahagian boot sector pada harddisk (boot sector merupakan sebuah ruangan dalam hardisk yang pertama kali diakses apabila komputer mula dihidupkan). Sebaik saja komputer dibootkan, virus ini akan terus menyelinap ke dalam memori komputer dan mampu melakukan pelbagai kerosakan seperti memperlahankan sistem operasi komputer, merosakkan bahagian boot sector menyebabkan komputer tidak berjaya diboot secara normal dsb.

3. Virus E-mail
Virus ini mempunyai cara kerja iaitu menyebar melalui e-mel (biasanya dalam bentuk fail lampiran/attachment).
Virus memiliki ciri khusus berupa ekstensi atau sambungan fail seperti .SCR, .EXE, .PIF, atau .BAT. Apabila virus ini aktif, maka dia akan mengirimkan dirinya sendiri ke berbagai alamat e-mel yang terdapat dalam buku alamat pengguna.

4. Virus Multipartite
Virus ini berfungsi dengan cara menginfeksi fail-fail komputer sekaligus boot sector pada harddisk.
Virus jenis ini akan menimbulkan banyak masalah kerana biasanya menyebabkan kerosakan yang fatal dan tidak boleh diselamatkan lagi. Biasanya anda perlu memsang semula sistem pengendali komputer (Operating Sistem seperti Windows dll)

5. Virus Polimorfis
Virus ini mempunyai cara kerja yang unik iaitu virus ini dapat mengubah kod pada dirinya (berganti wujud) semasa menyebarkan diri ke komputer lain. Virus jenis lebih sulit dikesan kerana mempunyai sifat seperti itu..

6. Virus Siluman (stealth virus)
Virus ini mempunyai cara berfungsi yang unik iaitu ia mampu menyembunyikan dirinya dengan cara membuat sebuah fail yang terinfeksi seolah-olah fail tersebut tidak terkena jangkitan lansung. Namun kesan jangkitannya boleh menyebabkan sistem komputer menjadi perlahan dan lembab.

7. Virus Makro
Virus ini merupakan satu-satunya virus yang menyerang dokumen aplikasi Microsoft Office, seperti MS Word dan Excel.
Biasanya dokumen yang terinfeksi oleh Virus Makro akan memodifikasi perintah yang ada di Microsoft Office seperti perintah “Save” untuk menyebarkan dirinya ketika perintah tersebut dijalankan.

Begitulah senarai jenis-jenis virus secara umum dan cara bagaimana setiap jenis tersebut bertindak menjangkiti sistem fail dan komputer kita. Diharap anda semua bersiap siaga dengan antivirus terbaik disamping sentiasa mengupdate/mengemaskini data fail virus kepada yang terkini kerana wujudnya virus-virus baru seolah-olah tidak dapat dibendung lagi.

Related posts

*

*


+ 6 = twelve

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
kilat-cermin.jpg
Petua Membersih dan Mengilatkan Cermin Muka

Cubalah salah satu petua berikut untuk membersih dan mengilatkan cermin muka di rumah. 1) Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur....

Close