Tokoh-tokoh Ternama Pencetus Dunia Komputer

tokoh it dan komputer t

bill gates Tokoh tokoh Ternama Pencetus Dunia KomputerTahukah anda siapakah pencetus revolusi dunia komputer sejagat sehingga mencapai tahap yang begitu gah masa kini. Siapakah pelopor-pelopor dunia komputer dan it yang telah mempopularkan pelbagai aspek komputer dan teknologi maklumat daripada komputer itu sendiri sehingga wujudnya World Wide Web yang telah menjangkaui batasan sempadan fizikal di dunia ini. Berikut disenaraikan tokoh-tokoh ternama yang telah memain peranan mempopularkan industri it dan komputer di seluruh dunia.

ALLEN, PAUL : salah seorang pendiri Microsoft, sahabat dekat Bill Gates sejak masa kanak-kanak. Kini ia mempunyai perusahaan perangkat lunak sendiri bernama Asymetrix.

ATKINSON, BILL : salah satu pemrogram pada tim awal Macintosh di Apple. Atkinson juga mengembangkan program MacPaint dan HyperCard tyang populer.

BALLMER, STEVE : sahabat Gates dari Harvard yang bergabung dengan Microsoft pada 1980. Pada 1984 ia ditugasi menangani perangkat sistem lunak.

BLUMENTAL, JABE : direkrut oleh Microsoft pada 1982 untuk membantu Jeff Raikes untuk memasarkan Multiplan. Ia menuliskan spesifikasi untuk Excel dan membantu merancang Works.

BRAINERD, PAUL : presiden Aldus. Ia menciptakan istilah Desktop Publishing dengan mengembangkan PageMaker, program aplikasi yang memungkinkan penguna menghasilkan dokumen tercetak berkualiti profesional dengan PC (Personal Computer/Komputer Pribadi) atau Macintosh dan printer laser.

BRICKLIN, DAN : pengembang (dengan Bob Frankston) VisiCalc, lembar kerja elektronik pertama yang juga merupakan aplikasi mikrokomputer pertama yang amat berhasil. Pada 1979, beliau dan Frankston mendirikan Software Arts. Setelah Software Arts bubar pada 1985, dia bekerja untuk beberapa bulan sebagai konsultan untuk Lotus, lalu ia mendirikan sebuah perusahaan penerbit perisian bernama Software Garden.

BUNNEL, DAVID : editor buletin yang khusus membahas komputer Altair. Pada 1983, ia mulai menerbitkan majalah PC World.

CANION, ROD : mendirikan syarikat ternama Compaq pada tahun 1982. Dalam waktu tiga tahun Compaq masuk di dalam senarai Fortune 500.

ESTRIDGE, PHILIP “DON” : ketua projek PC IBM mulai sejak awal pada 1980 sampai kematiannya pada 1985 dalam kemalangan kapalterbang.

FRANKSTON, BOB : pengembang (dengan Dan Bricklin) VisiCalc dan salah seorang yang menubuhkan syarikat Software Arts. Ketika Software Arts bubar, Frankston bekerja untuk Lotus sebagai ketua ilmuwan bahagian informasi teknologi.

FYLSTRA, DAN : pimpinan Personal Software, perusahaan yang memasarkan VisiCalc mulai 1979. Personal Software berubah namanya menjadi VisiCorp pada 1982.

GATES, BILL : salah seorang pengasas Microsoft Corporation bersama Paul Allen. Beliau juga merupakan Chief Executive Officer Microsoft sebelum menyerahkannya kepada Steve Ballmer pada tahun 2000. Sekaligus tokoh terkaya di dunia buat beberapa tahun dalam sejarah.

GAUDETTE, FRANK : ketua bahagian kewangan Microsoft. Dialah yang mengatur segala strategi kewangan di Microsoft ketika syarikat itu akan melakukan penawaran umum perdananya.

HALLMAN, MICHEAL : presiden Microsoft yang menggantikan Jon Shirley pada 1990.

HERTZFELD, ANDY : programmer utama sistem operasi Macintosh dan pengarang program Switcher untuk Macintosh. Switcher memungkinkan pengguna membuka beberapa program secara bersamaan.

JOBS, STEVE : salah seorang pengasas Apple Computer, bertanggung jawab terhadap projek Macintosh. Ia mengundurkan diri dari Apple pada tahun 1985 setelah board of directors Apple Computer menyingkirnya dari tanggung jawab pengurusan. Jobs mendirikan NeXT Inc, yang melancarkan komputer pertamanya pada Oktober 1988. Pada tahun 1997, NeXT Inc dibeli oleh Apple Computer dan menyaksikan Jobs kembali menerajui Apple sebagai CEO sehingga kini. Beliau berjaya mewujudkan pelbagai inovasi dalam dunia IT dan telah mempopularkan Apple Mac OS-X, iMac, iPod, iTunes, iPhone dan terkini ialah iPad.

KAPOR, MITCH : pengasa Lotus Development Corporation. Pada 1986 ia meninggalkan Lotus untuk mempelajari artificial intelligence dan membentuk sebuah perusahaan baru.

KILDALL, GARY : pengasas Digital Research pada 1976 dan pengembang CP/M, sistem operasi mikrokomputer pertama dan seterusnya sistem operasi DR-DOS, iaitu klon kepada MS-DOS .

LUBOW, MIRIAM : salah seorang karyawan pertama Microsoft. Pada 1977, ia bekerja pada Microsoft sebagai sekretari Bill Gates. Ia berhenti dari Microsoft pada 1990 untuk bekerja pada Paul Allen.

MARKKULA, MIKE : pencipta pertama pada Apple Computer pada 1976. Ia mengepalai Apple dari 1981 sampai 1983.

NISHI, KAZUHIKO : penggemar komputer dari Jepun yang mengepalai Microsoft Jepun sehingga tahun 1986. Ia juga pengarah ASCII Corporation.

OLSEN, KEN : pengasas Digital Equipment Corporation (DEC) dan pencipta minikomputer.

OSBORNE, ADAM : penerbit buku-buku pertama mengenai mikrokomputer pada 1970-an dan pengasas Osborne Computer pada 1980, Komputer Osborne adalah komputer portabel yang pada awal-awalnya terjual baik namun bankkrap setelah dua tahun dalam bisnes.

PATTERSON, TIM : pengarang QDOS (Quick and Dirty Operating System), pendahulu Microsoft DOS. Pada 1980, ia meninggalkan Seattle Computer Products untuk bekerja di Microsoft untuk mengadaptasi DOS agar sesuai dengan spesifikasi IBM.

RAIKES, JEFF : direktor pemasaran untuk bahagian aplikasi Microsoft sejak 1984. Ia meninggalkan Apple untuk bergabung dengan Microsoft pada tahun 1981. Di sini ia mulai menggarap Multiplan dan Word.

RASKIN, JEF : pemimpin awal projek Macintosh.

RATLIFF, C. WAYNE : pengembang dBase II, dBase III, dan dBase III Plus, perisian pangkalan data drp AshtonTate yang amat laris.

ROBERTS, ED : presiden MITS yang pada tahun 1975 memproduksi Altair, salah satu mikrokomputer pertama.

SACHS, JONATHAN : salah satu pengembang lotus 1-2-3, lembar kerja elektronik yang diterbitkan Lotus.

SCULLEY, JOHN : CEO Apple Computer sejak 1983.

SHIRLEY, JON : presiden Microsoft mulai dari 1983 sampai 1990. Sebelum bergabung dengan Microsoft, ia bekerja di Tandy selama 25 tahun.

SIMONYI, CHARLES : direkrut oleh Microsoft pada 1980, ia arsitek utama kelompok pemrogram untuk Multiplan, Excel dan Word.

WARNOCK, JOHN : pengarang PostScript dan pendiri Adobe.

WIGGINTON, RANDY : pengarang MacWrite, program pengolah kata yang di-bundle dengan Macintosh ketika pertama kali diperkenalkan.

WOZNIAK, STEVE : mendirikan Apple dengan Steve John, dan perancang komputer Apple pertama.

*

*


+ six = 11

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
adat orang cina selepas hamil
Adat Resam Cina Semasa dan Selepas Hamil

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung...

Close